Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 31, 2009

Analysis Assignment

yea, akhirnya berjaya jugak siapkan sistem e-SCM,
presentation tadi pon ok, report dapat siapkan, powerpoint untuk present dapat siapkan.
yang database pun dah siap, powerpoint semua...
databse individu pon dah siap..
walaupon dapat siap last minute walaupon mula awal,
aku bersyukurlah..
esok test SQA 8bab tapi habuk tak study lagi
urmm tak tahulah camne...
sibuk teramat-amat sangat sem ni..
sampai disini saja progress assignment aku..
yang pasti lepas test nak tido cukup-cukup.
khamis ni kena present sistem e-SCM group aku dekat senior
yang akan present untuk projek akhir.
oklah cukuplah progress study aku ini..
tumpuan aku sekarang, malam ni pulun study SQA

Friday, March 27, 2009

work and work and work....

yeahhh, alhamdulillah akhirnya assignment group aku nak hampir siap jugak..
jsp tinggal sikit lg, nak testing jek lagi and 1 module je lg and report pon dah hampir siap..

sekarang database report dan guideline SQL oracle jek sikit lagi nak kena tambah,
ahad ni aku blh bt dalam lab masa kelas SQA..dari duk saje2 jalan jugak assignment...

petang+malam ahad study math discrete pulak hari isnin nak test2, lepas test tu blh continue stdy
SQA test 2 pulak...harap mengikut perangcangan yang dijadualkan ini, tidak berat nananglah result aku...

p/S: setakat ini aku dapat update blog, coz nak karang benda2 lain xsempat mana...
banyak sangat keje sem ni...berat nanang rasa..

Friday, March 13, 2009

melawak bfore start study

story 1

Ada sebuah keluarga Thai yg menetap di Malaysia.
nama anak mereka Pap.
Suatu hari mak die suruh die g beli kari coz dia nak masak makanan berkari.
so die pon bgtau kat anak die,"Pap,Pap beli kariPap".

Pap plak ingat mak die suruh beli karipap so die pon belilah karipap.
balik ke rumah maknya bertanya mana kari yg disuruh beli.

pAP:bUKAn mak suruh beli kari ke tadi
mak:????

story 2

sepasang suami isteri sedang membeli belah pakaian utk anak mereka Blue.

isteri :Bang,bang, cari baju bLUEbAng.saya nak g toilet jap temankan Blue.

suami plak tersalah tafsir kata2 isterinya lalu die pon pergilah mencari baju yg berlubang.
semua org hairan bila dia bertanya di mana tempat menjual baju berlubang.

selepas beberapa ketika, isterinya datang

isteri:mana baju Bluebang?
suami:apasal la ko bengong sangat suruh aku carik baju berlubang.mana ada jual.
isteri:????

moral of the stories: faham betul2 dlu apa org kata

Thursday, March 12, 2009

wajah baru

yea, akhirnya berjaya jugak aku tukar templete baru..
walaupun di dalam kesibukan assignment dan juga test
yang berlambak-lambak...hehehe..
azam baru, biarlah dah terlewat utk bt azam baru..
wakakakakak
so selamat menjamu selera dengan blog yang baru..
oklah nak sambung buat oop plak

sekian wassalam

Monday, March 09, 2009

yumee...yumeee


baru ni aku mimpi yang sangat bestttt
aku mmpi dapat mkn sushi..yumeee
lazat berkrim...tgh elok megidam dapat jugak makan
biarlah walau dalam mimpi pon...
hehehe, tp yang sedih..dalam mimpi tu
ada byk jenis sushi aku makan
yang tak bestnya aku tak dapat makan semua..
3 sushi aku tak dapat makan..spoil je..
tapi tak pelah, atleast dapat jugak merasa..
heeeeeheeeeeeee..

assignment oh test!!!

assignment
SQA - contract review 90% - 12/3
OOP - e-SCM 70% - 31/3
database - e-conferrence 0% - before final maybe


test
1) lab praktikal test oop 17/3
2)test2 oop 22/3
3) lab test database 24/3

presentation
1)presentation contract review 18/3
2)presentation e-SCM 31/3

Hikmah Air Sembahyang

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah..

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

p/s : renungan bersama, sayangnya dan pemurahnya tuhan pada makhluknya

Sunday, March 08, 2009

new Pictures

Maulid Nabi S.A.W

Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah baginda S.A.W. ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda S.A.W.

Jika kita lihat sirah baginda S.A.W. maka kita dapati bahawa Rasulullah S.A.W. tidak pernah merayakan ulangtahun hari kelahirannya secara khusus sepertimana yang kita lihat pada waktu ini. Namun baginda hanya berpuasa pada hari Isnin kerana baginda dilahirkan pada hari itu. Dan perkara ini berlarutan (tidak merayakan sambutan Maulidur Rasul) sehinggalah selepas 300 tahun baginda wafat.

Pelbagai kenyataan dan kajian telah dinyatakan (berlaku sedikit khilaf) mengenai tarikh sebenar dan siapakah yang mula-mula mengadakan sambutan Maulidur Rasul ini. Di antaranya dikatakan bahawa bermula sambutan Maulidur Rasul ini secara besar-besaran pada zaman Fatimiyah di Mesir di bawah penguasa Muiz Lidinillah (memerintah sekitar tahun 341 H hingga 365 H). Dan pendapat lain ada menyatakan bahawa Sultan Atabeq Nuruddin (meninggal pada 569 H) adalah penguasa yang pertama merayakan Maulidur Rasul. Sebahagian ahli sejarah pula menyatakan bahawa Sultan Salahuddin Al-Ayubi adalah tokoh yang pertama merayakan Maulidur Rasul ini (namun pendapat ini disangsikan oleh pelbagai pihak). Pendapat lain lagi mengaitkan Abu Said Kaukabri bin Zainuddin Aly bin Baktikin sebagai orang pertama merayakan Maulidur Rasul ini.

KEPUTRAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Adapun nasab keturunan baginda S.A.W. adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasib baginda S.A.W. ini sampai kepada Nabi Ismail A.S.

Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala mengantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda S.A.W. telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).

Baginda S.A.W. adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda S.A.W. dua tahun dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda S.A.W. dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.

Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad S.A.W. untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda S.A.W. telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda S.A.W. yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.

Ibu baginda S.A.W. telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda S.A.W. menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

merapu

rini dgn mlsnya aku bgn..
lewat betul..padahal dah tanam dalam diri nak bgn awal
barulah murah rezeki kan..tp apakan daya dah tak tersedar...huhuhuu
aku xtau nak cakap apa, yang pasti sekarang terlalu malas
nak post blog...dah ramai member2 tegur..
ok, sekarang hidup aku terlalu bz sampai nak blk rumah xsempat..
kalu bz, result ok xpa gak kan..ni stdy tp result cam hampeh..
wak malu je...aihhhhh bila lah aku mau maju..
ok sebelum terlupa aku janji nak upload picture terbaru aku next post..hehehe
semua ada, nak make up ke tak make up ke semua ada..
tapikan disini aku nak warwakan dengan nada membanggakan aku dah pandai make up...so satu perubahan yang baru...heheheh
tp aku xda pakai make up always, juz try2 je sbb aku xberapa suka make up
rasa cam tak bernafas je face ni...hehehe..
ok sampai disini saje kita kali ini yea..