Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, April 11, 2011

Cerita Demam + budak degil

Dah 3 hari aku demam, kejap demam kejap baik..orang kata kejap panas, kejap sejuk badan ni. Tak tahulah aku kenapa. Balik weekend baru ni aku drive, sampai kemaman dah rasa sakit-sakit tekak dengan batok tapi biarkan je masa minum dengan farah, ezat and da geng kat depan masjid sultan ahmad. Esokkan tu aku pergi kuantan dengan Ma cari barang, terasa makin teruk pulak aku dengan pening kepala, batok tahap dewa dan demam. Malam tu sampai rumah, mandi-mandi dan solat terus tido. Sebelum tido aku pakai foot detox pads yang kat kaki tu, stokin dengan selimut conferter 2lapis pahtu sapu balm pening kepala. Memang betul-betul tak bermaya. Masa mandi pom siap muntah-muntah, habis keluar makanan aku makan.T_T..

Bangun pagi solat subuh, terasa lagi pening kepala dan tidak bermaya betul. Tak boleh jadi ni, aku pom telan panadol active fast baru rasa segar sikit. Lembik nak leh sampai kl dah drive sorang-sorang, farah selaku co-pilot hanya jalankan tugas bercerita dan memberi makanan je kat aku. nilah orang cakap degil, tak bagi balik, nak balik kemaman jugak. hihihi..Sampai kl puluk12 malam tu, ikot hati rasa nak tido kat bangi je. Siyes memang tak larat sangat-sangat. Esok tu nak pergi kije tak boleh bangun terus, makin teruk demam. Demam terkejut lagi, nyaris-nyaris nak accident kat hway karak. Betul-betul depan mata aku van tu accident, hilang kawalan mungkin disebabkan jalan licin dan van tu tergelincir kat longkang kecil sebelah kanan. Van tu berpusing tiga kali. Kalulah laju sikit kete aku, memang dengan kete aku van tu heret. Hilang mengantok sekejap.

Keesokan malam tu Mr.Sayang datang bawak aku beli makanan dengan pergi klinik. Layan aku pergi klinik, dahlah penakot nak makan ubat, kalu ajak pergi makan ikan bakar kat sekinchan ke beli roti pavillion ke, memang dulu lagi aku pergi. Aku mengadulah dah seharian aku makan roti je 4keping, lain-lain tak boleh nak telan. Aku pom cakap nak egg tart kfc. Bawaklah member malam-malam dari bangi. Sian pulak bila fikirkan. Sampai kfc, memang nak beli egg tart je semata-mata tapi agak sedih egg tart kena tunggu 20minit. dah takkan nak tunggu, kami belum solat maghrib lagi. Jadi belilah kentang putar dengan cheeze wedges je. Balik rumah pom, aku makan kentang putar je. Memang tak lalu gila nak makan. Dan today demam masih tak baik lagi.
Fikir-fikir boleh kurus aku camni kalu demam, nak makan tak lalu. Mulut terasa pahit je. T_T

Dania amidala : Demam+selsema+batok+pening kepala, cepatlah baik.

0 conteng disini: