Kari ohh Kari

Sejak tinggal di putrajaya ni, hobi aku sekarang banyak di dapur dari melepak-lepak di kedai-kedai makan apabila pulang bekerja..hihihi..Actually kemalasan aku melebihi tahap kepakaran aku so jadilah macam itu. Sampaikan semua tidak percaya yang aku ni berkebolehan memasak.lalalalala..

Semalam aku memasak kari ikan macam bonda tercintaku memasak tapi ada sedikit berbeza disini kerana aku tak letak daun kari kerana tidak menjumpai daun kari diputrajaya. Actually start aku nak memasak ini adalah masa bulan puasa hari itu aku ada masak-masak untuk buat juadah berbuka puasa di rumah bakal mak mentua aku. Ya Ampunnn terkejut bukan main lagi aku, biasa pergi makan-makan je ataupun aku bawak lauk-lauk yang dah siap dimasak oleh bondaku. Sekali ambik engkau aku kena masak. Ini plan Mr.Sayanglah punya angkara. Dia call bonda cakap nak ajak aku berbuka puasa di rumahnya, aku dengan senang hati berbuka puasa memang no hal. Sekali pergi mami aka bakal mak mentua aku suruh masak kari macam ma masak. Mau pengsan mendengarnya...oHH tidakk!!!!!!..

Nak tak nak aku pom berterus terang jelah, dari masak-masak kari tak sedap macam mana kan. Dah siap cakap kak eti mami kasi cutilah sebab dah ada chef nak masak ni. Lagi kecut perutkan. Bila dah berterus terang mami pom cakap, dah camtu takpalah. Follow je apa Mr.Sayang nak masak. So Mr.Sayang nak masak tomyam dengan paprik thai. Sepanjang didapur bersama Mr.Sayang banyaklah Mr.Sayang duk pot pet pot pet kat aku sebab tak pandai nak buat..huhuhuhu.. Dia bebel kena start dah belajar memasak. Tapi nasib mami backup aku bila Mr.Sayang bebel macam-macam. Sayang mami so much..hihihi



kari ikan yang diambil dari pak cik google..lupa nak snap kari sendiri...



So disini aku senaraikan kari macam ma masak :

ikan
rempah kari babas
cili boh
bawang merah dan putih dihiris halus
kulit kayu manis
bunga lawang
minyak
santan
daun kari
garam

cara-caranya:
1)panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih yang dihiris halus sehingga naik bau dan kekuningan.
2)tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan seangkatan dengannya berserta daun kari.
3)Letak rempah kari babas dan cili boh didalam mangkuk dan gaulkan hingga sebati.
4)Apabila bahan tersebut naik bau, kemudian masukkan rempah kari tadi yang digaul sebati sehingga naik minyak.
5)Masukkan santan, tunggu sehingga mengelegak dan masukkan ikan.
6)Masukkan garam secukup rasa dan tadaaaa boleh dihidang.


Dania amidala: Sementara testing system sempat lagi update blog..ngehhh2

Comments

Cik Areja said…
yess! cik dania kite da pandai masok kari... nanti jgn lupe aku pon nak merasa kari yg mu wat! okey!
Dania said…
boleh jaaa, meh r mari rmh aku..kna belajar 20resepi plg2 kurang..kekgi sng nak gemukkan dan buncitkan ustaz..ngehh2..

Popular Posts