Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, September 26, 2011

Perasaan seorang "Unit Tester"

Dulu-dulu bila sebut programming dalam kepala macam-macam difikirkan.Taknaklah programming susah, benci, malas nak memerah otak nak fikir, nak muntahlah, takleh nak bawaklah sebab banyak main logik. Pahtu tak suka java lah dan macam-macam lagi. Pahtu mula fikir alangkan bestnya kalu dapat jadi tester ke, analyst system ke, database ke. Tapi part yang paling suka sekali adalah jadi tester sebabnya takyah main dengan programming. Dah hampir 8tahun bergelumang dalam bidang iT especially programming masih tak dapat nak tanam minat untuk menjadi seorang programmer yang betul-betul cintakan programming.huhuhu..Kalaulah lecturer aku baca entry ni mesti dia sedih tahap dewalah.

Sekarang aku baru merasai camne hidup seorang tester walaupun aku ni bukanlah seorang tester position aku. Aku adalah seorang software developer. Tapi di dalam team aku, aku berperanan sebagai tester before system yang team kitaorang buat siap sepenuhnya untuk dipas kepada tester yang sebenar. Aku just test unit testing untuk membuat pemeriksaan dimana kalau ada error-error yang sebelum ini software developer team aku tak terperasan. Tugas ini aku rasa agak mencabar jugak dari buat coding. Sebabnya kalu aku ni test-test ok tapi sebenarnya ada masalah. So disini akulah yang dapat malu atau cuai dalam melaksanakan tugas. Kalau aku berjaya test dengan jayanya maka semua team aku adalah success.

So disini tugas seorang tester sangat mencabar walau tengok secara dasarnya amat mudah. Test system je kot. Tapi kalu seorang tester tidak tahu flow system semasa tester. Kemungkinan akan berlaku mistake disini. Jadi seorang tester itu perlu tahu secara menyeluruh tentang flow-flow system itu. Hope aku dapat melakukan tugas ini dengan baik dan jayanya. Hope segalanya berjalan dengan lancar. 30/9 ni dah kena demo, harap sempatlah sebab sekarang aku tak setting lagi fingerprint. Baru tadi siap install, hazman sila bantu dan tunjuk ajar kepadaku cara-cara nak setting. Aku tak fahamlah, dah system ni tiap kali update ada error. Ada je kena import file baru. Boring betul update all module system ni. Dah hari-hari kena update system. aiyshhh...Dania chayook2..you can do it and can do the best

Dania amidala: Tadi lepas my Mom call untuk spotcheck aku ada dimana pahtu Mr.Sayang pulak spotcheck. Jangan risau aku tak kuar malamlah kalu sorang-sorang duk kl ni. Member ofis ajak karok dengan jaming sampai pagi-pagi buta pom aku tak ikot. Dah tahu mesti risau dan tak suka aku bersosial dengan aktiviti macam tu kan. Lagi news best, Mr.Sayang nak datang kl setel pendaftaran subjeknya kat ukm. He said bolehlah tengok-tengok aku time datang kl..Dalam hati happy giler tapi ego dan cover punya pasala. Takpalah, jangan risau..setel dulu subjek tu. Saya ni okey je duk sini..huhuhu..Rindu setengah mati dah ni *Poyo je ayat ni...i love u Mr.Sayang yang paling-paling hensem..hihihi;P

0 conteng disini: