Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, September 17, 2007

cemburu

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya,
tetapi telefonnya tidak berkredit l
alu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej
penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepas si anak membuat panggilan,
si anak memberitahu ibunya
seorang perempuan lain yang
menjawab pesanan telefon.

Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon,
tetap perempuan itu juga yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya
menunggu kepulangan suami dari
kerja di depan pintu rumah.

Sesampainya suami, si isteri
membelasah habis-habisan
si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga
di depan rumah untuk melihat drama petang itu.

Si isteri menyuruh anaknya memberitahu
semua orang apa yang dikatakan
oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap
"Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

0 conteng disini: