Tanda-tanda orang lelaki merajuk
Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Analisis : urmm, betul-betul..orang tanya sepatah dia jawab sepatah..tapi ayat dia pedaslah kalu Mr.Sayang jawab..huhuhu
Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Analisis : urmmm rasanya tak kot kalu dia merajuk dengan aku. Kalu suruh dia buat je dan akan text cakap dah buat. Lepas tu terus diamkan diri. dalam hati, marah-marah dia sayang jugak rupanya..suruh buat, buat jugak..ngehhh2
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )
Analisis : hahha betul-betul sangat, time merajuk orang ajak makan semua tak nak. Padahal perut tu lapar kam main. Rugi sayang kalu merajuk tolak makanan tau..
Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Analisis : Hah ni sangat-sangatlah tepat 100%, kalu dah merajuk ke marah ke muka tu ketat gila. Senyum taknak kat kita ni. Rasa nak ambik getah je ikat mulut yang muncung tuuu..hihihi..
Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Analisis : Ni tak pasti pulak aku, baca surat khabar sebab mana pernah duk serumah sama lagi. Time mood ok, berpuluh kali je Mr.Sayang baca paper. takda kena mengena dengan merajuknya..
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Analisis :yekee???rasa betul jugak kot..tapi tiap kali merajuk biasa dia akan keluar rumah bawak kete dia..kira membawa hati yang laralah kot..kihkihkih
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Analisis :Hah yang ni baru betul kalu Mr.Sayang merajuk. memang tepat 100% lah, tak payah nak nafi lagi. Dia akan kuar rumah dan sape-sape tanya dia nak kemana dia akan buat tak tau je. Sampailah hati dia reda barulah balik rumah.
Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Analisis :Setakat ni takda lagi telefon off bila merajuk sebab merajuk macam mana sekali pun bila aku call or mesej mesti reply or jawab jugak.
Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...
Analisis : Sangat-sangat tidak tepat, sebab Mr.Sayang bukan seorang yang smoking. walau marah or merajuk camne dia takkan ambillah rokok, habis-habis kuar rumah pergi mana-mana yang buat dia selesa macam kat pantai.
sumber :http://www.tentangcinta.com/tips-cinta/wanita-cinta/tanda-tanda-orang-lelaki-merajuk/#more-411
Dania amidala : huahuahuahua betul tak sayang???jangan marah-marah yea kalu terbaca post ni..kuikuikui..
Comments