Evening Primrose Oil = Pelaburan masa hadapan


Hari ni tanpa dirancang aku telah menghabiskan RM94.88 di guardian dengan membeli everning primrose oil 1000mg sebanyak 3botol besar. Bak kata naim takpalah pelaburan masa hadapan. Memang dah lama nak beli tapi hold dulu sebab rasa bukan keperluan tambah main ubat-ubat ni. Aku alergik skit, sedangkan ubat resdung pom kadang makan kadang tak, ni pulak dengan suplement tambahan memang lagilah aku tak makan sangat.ngehhh2. Kenapa aku beli epo ni sebabnya masalah kulit, dimana banyak jerawat-jerawat telah membiak dengan jayanya di muka aku. ohhh tidak...Mungkin disebabkan aku kan berpenyakit resdung yang agak teruk jadi memang sentiasa ada jerawat singgah dimuka comel aku ni, bersin jangan cakaplah...hihihi..Tapi siyes epo yang aku beli ni, pil nya sangat besar gedabak. Lepas ni aku kena beli insurans diri cepat-cepat, atleast tak buat wasiat, family aku boleh claim insurans aku nanti. Kalaulah aku mati tercekik sebab epo..hihihi.. Mintak dijauhkanlah..hihihi

Dah-dah melalut, jom kita search apa itu epo :

APA ITU EPO.?

Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.

Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.

Ia menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan,melancarkan peredaran haid,meningkatkan kesihatan kulit dan menolong mengawal keradangan. Jurnal Perubatan New England telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit.


APA KEBAIKAN EPO.?

* Membantu mengawal atur kitaran haid.
* Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
* Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
* Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
* Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

sumber : http://miszpumpkin87.blogspot.com/2010/08/evening-primrose-epo.html

Dania amidala: berazam habiskan epo tiga botol ni tanpa miss satu hari pom. Berjayakah dania melakukan, jom kita saksikan..Ahad ni besday Mr.Sayang, apa yang suprise nak buat untuk pakcik ni erk..Kita tunggu 20/2 ni. Jangan Mr.Sayang buat angin monsun barat daya sudahh. Hihihihii..

Comments

Firdaus Kasim said…
mak sy pun pakai benda nie.. sy nk pakai juga boleh x?

awk, jom tukar link blog nk?

Popular Posts