Minggu Paling Malas
Minggu ni dania terasa sangat malas. Malas tentang semuanya, asyik counting bila nak weekend.
Tapi bila muncul weekend tersangatlah risau, takot kebosanan hari weekend. Mulalah duk hello-hello orang itu, orang ini ajak lepak sama-sama.huhuhu..Yelah nak ganggu Mr.Sayang selalu risau jugak, dia sibuk dengan due date assignment dan prepare final exam awal bulan 4 ni.
Walau camne aku mesti perlu faham dia. Okiess, sapa dia weekend ni free???cepat angkat tangan, jom lepak-lepak dengan dania. Kita masak laksa penang dengan tengok movie hikayat merong mahawangsa. Sapa nak, meh datang rumah dania weekend ni. hihihi..
Cepatlah habis kije, cepatlah petang, cepatlah masa berlalu, tak sabar nak balik rumah untuk tido, main masak-masak dan tengok tv. Kenapalah dania ni tersangat-sangat malas this week, tambah-tambah untuk hari ini. Tapi camne pon task tetap kena jalankan. Walau camne target nak siap jugak dua report modul smp ni.huhhhh chayook2 dania pasti boleh, Lawan sifat malas itu.
Rasanya boleh agak kenapa ku jadi seperti ini, sebabnya dania tak balik kampung dah lama tau. Agak-agak dah 3week kot. Tak jumpa dengan dorang semua. Nak balik kampung tapi memikirkan fulus tak berapa datang. Camne pom kena jugak saving, tidak susah pulak next month nak beli barang, nak tempah barang. Takpalah berkorban sikit untuk masa depan. Rindu betul kat korang semua. Macam mana erk keadaan rumahku dikampung, rindunya dengan suasana itu. Rindu kat katilku, bantalku. Kepada adik perempuan kesayanganku yang suka gelak macam nak pecah rumah iaitu wan rabiatul adawiyah, plz dan plz dan plz jangan buang or bakar buku-buku study mel. Biarlah hanya kertas ke buku teks ke, buku fotostap ke apa ke simpan je dalam kotak tu. Jangan usik pape..Mintak tolong sangat-sangat.
Dania amidala : Counting bila nak masuk gaji ni, nak setel semua kije. Nak beli barang pahtu senang bagi kat ma terus dan sewa siap-siap apa yang perlu sewa. Lepas itu boleh balik kemaman bincang dengan ma dan mami.
Comments