Trajedi yang tak plan

Jumaat lepas 25/3/2011 around 10.30malam camtu, aku dah baring-baring nak sleep dah..Dah tepom Mr.Sayang kul 8.30malam, dia cakap dia ada kat library tengah cari bahan. Malaslah nak kacau jadi aku pom makan-makan kat rumah, tambah kenyang dengan makan nasi kuah kari ikan tenggiri kat rumah che da petang tadi. Bila perut kenyang, mata pon secara automatik ngatok, nak tengok cite hantu malam tu pom cancel sebab terlalu ngatok. Tup-tup baru nak lelap, Mr.Sayang call suh siap-siap kita balik kemaman. waaa dalam hati happy bukan main, mata kembali cerah balik.hihihi.. Mr.Sayang cakap bapak saudara dia sakit teruk ada kat hospital kuantan. Mami suh balik kemaman. So dari mood happy terus sedih. Aku pom siaplah apa yang patot. Dalam hati berdoa moga-moga cepat-cepat sembuh. Aku pom terus call myMom and Dad cakap nak balik kemaman tapi dorang dah tido. Last-last call adda cakap aku balik, ada pom cakap ok. Lepas Mr.Sayang ambik aku, kitaorang terus ambik adik ipang kat subang. Kira kitaorang gerak kuar kl dalam pukul12 lebih jugaklah..Asalnya nak balik senyap-senyap taknak gitau sesapa pom aku balik kemaman. Last-last kantoi dengan farah..hahahha, plan tak menjadi.

Walau apa-apa pom, cuti weekend yang pendek ini sangat-sangat aku suka walaupun tak puas sebenarnya balik. Rasa sekejap sangat cuti. Apa yang penting hajat aku nak main dengan anak buah dan cousin aku aka aqeel ryan tercapai jua. Sabtu pagi tu, aku terus call my abang cakap nak ambik dany dan mia. Abang aku cakap dia ada kat kerteh ni. Tenghari baru pergi salon.huhuhu..Dah sedih dah aku time tu. Aku pom ikot abah dan ma pergi breakfast kat pasar kemaman. Mata jangan cakaplah ngatok gile, rasa nak tongkat dengan lidi je. Aku taknak tido, nanti menyesal tau. Balik kemaman tapi tak dapat buat apa yang aku nak buat. Lepas breakfast semua, beli sayur, ikan, ayam kat pasar. Siap-siap tenghari jugak. Sedang elok lalu kat salon, abang baru sampai. Aku pom teruslah curi dany dan mia siap-siap. Dorang umpan cakap nak pergi jalan-jalan memang compirmlah akan ikot.hahhaa..Actually aku nak tengok dany jalan kedek-kedek. Maklum orang baru boleh lesen P.hihihi..rindu betul kat dorang. MyMom drive pergi beli gula-gula dekat mia then terus balik rumah. Balik rumah aku terus suapkan nasi kat dany dengan mia. Pahtu mandikan dany bagi susu terus tido sampai petang. Mia pulak sibuk duk main dengan paksu dia. Seharian jugak jaga budak-budak ni. Sedar-sedar dany merengek bangun tido. Ma bagi dany kat aku, aku time tu tengah sedap tido, sakit kepala jangan cakaplah. Tapi paksa jugak sebab nak main sangat dengan anak-anak. Petang abang pom ambik dany and mia. Mr.sayang call gitau, bapak saudara dia dah ok dah, dah sedar boleh cakap-cakap dah. Alhamdulillah. pahtu tanya nak balik pukul berapa esok. dia cakap balik lewat-lewat skit lepas service kete. Aku lewat-lewat lagi on, boleh lama-lama skit kat rumah..ngehh

Agenda hari ahad pulak, dorang semua pergi kije, tinggallah aku sorang diri kat rumah. Kemas-kemas rumah semua, mulalah start moody dan sedih, sebabnya aku tak sempat nak jumpa aqeel ryan lagi.T_T..nak pergi rumah nenda tak da transpot. Last-last dalam pukul 12 camtu tengok adikku yaye datang rumah. Suka bukan kepalang, baru teringat kat aqeel. Tengok-tengok aqeel datang...waaaa, excited terlebihlah time tu..ngehh2..Apa lagi mulalah agenda melayan kerenah aqeel. Tak layan orang lain dah time tu. Nenda pom datang rumah, nak makan pom buat sendiri. Kejam gila aku..kehkehkeh..Main dan main dengan aqeel sampailah petang. Dalam pukul 5petang pergi pantai makan-makan jap dengan Mr.Sayang. Kesian sangat time tu, aqeel nak ikot. Asyik ikot je aku tengok aku siap-siap pakai tudung. Duk panggil mel..mel..mel...pegang tangan aku, ajak keluar rumah. Sian aqeel. Malam baru aku bertolak balik kl. Mr.Sayang datang ambik kat rumah dalam pukul 9.30malam. Cakap-cakap dengan abah dan ma kat dapur pahtu pergi ambik farah kat rumah then pergi rumah Mr.sayang.mami dengan papa nak jumpa. Sembang-sembang dengan mami dan papa. Makan-makan semua dalam pukul11.30 kitaorang pom gerak balik kl.

Apa-apa pom aku bersyukur sangat balik weekend tu sangai berbaloi. Boleh main dengan dany, mia dan aqeel.hihihi..Lagi satu bapak saudara Mr.sayang pom dah makin baik. Alhamdulillah. Panjang entry kali ni..hihihi..nak citenya aku dapat balik kemaman dan main dengan aqeel, dany, mia..hihihihi...

Dania Amidala : Nak balik kemaman tengah bulan 4 pulak..;-)

Comments

Popular Posts