Mee Jawa

Tanggal 20/3/2011 selepas aku, herda dan fara tengok movie hikayat merong mahawangsa dan meronda-ronda untuk soping yang tak jadi soping dlm klcc tu. Kitaorang pom decide pergi warung soto berlada yang katanya milik anak pelakon ruminah sidek atau mak mah....kedai ini terletak di jalan jelatek. Actually sebelum ni aku dah pergi warung ni makan soto, nasi lemak, puding caremel, sangatlah sedap dan bolehlah untuk pergi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya.. Owner kedai pom macam friendly je..Semalam, sebelum sampai kat kedai lagi aku memang nak cuba mee jawa dia pulak. Sebab orang cakap semua best-best makanan kat sini.

Dengan penuh kebanggaan sebab akhirnya hajatku dapat jua makan mee jawa yang dah lama mengidam nak cuba mee jawa. Ni merupakan first time aku makan mee jawa tau. Dapat-dapat aku terus makan tanpa menoleh kiri kanan dah. Sekali suapan, gluppp apasal kuah mee jawa ni rasa manis-manis dengan rasa macam udang je. Aku dahlah tak makan udang dan geli makan udang. Lepas tu aku cubalah syko diri ini, bukan udang ni, perasaan je semata-mata. Sekali dan dua kali suapan aku telan dengan jayanya. Dah masuk 5-6 kali suapan aisyhhh apasal tekak ni makin lama makin kembang je. Tetiba rasa nak terjeluak je mee jawa tu. Last-last aku pom tolak terus pinggan mee jawa tu, minumlah aku air semata-mata..T_T..

Sampai balik rumah, siap mandi semua pom terasa lagi kuah mee jawa tu. Kembang tekak-tekak aku. Tido malam pom siap masuk dalam mimpi mee jawa tu, memang fobia betullah mee jawa ni gara-gara rasa macam udang kuah dia. Sampai aku terjaga tengah malam akibat perut macam segala isi-isi mee jawa tu nak terkeluar dari mulut ku. Memang agak dasyatlah penangan mee jawa tu. Cukuplah sekali aku makan mee jawa. Bagi orang lain mungkin best kot mee jawa, Aku ni memang tak boleh nak makan sebab dari kecik aku tak makan udang. Memang tak lalu gile dengan udang. Lagi besar udang lagilah aku nak muntah. Kadang-kadang siap abah beat dengan aku, kalu aku makan dia nak beri duit kat aku. Betapa kroniknya aku ni..hihihi

Setiap kali kami kuar berjalan, mesti orang lain ingat kami adik beradik.. Aku tengok takda sama pom muka sorang-sorang. Tak tau tang mana yang nampak kami ni siblings..


Dania amidala : Rindu nak balik kampung, dah rasa agak tidak betul dah. Sebulan kot duk kl tak balik-balik kampung.

Comments

Popular Posts