Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, March 31, 2011

Besday Dany

Kejap je masa berlalu rupanya dany dah genap 1tahun.
30-3-2011 dany dah umur 1 tahun.
dany dah pandai berjalan kedek-kedek
dany dah pandai main-main
dany dah pandai cakap tapi dalam bahasa isyaratnya
dany dah pandai buli kakak dan yang pasti
dany dah montel sebab asyik makan dengan tido je kije dia.

Mak ngah dokkan moga dany menjadi anak yang solehah
geram betul kat budak montel sorang ni..
geram nak peluk ciom, nak kasi makanan.
Tunggu yea, nanti mak ngah balik kemaman
mak ngah kasi hadiah yea sayang..
sayang kamu wan mohd daniels

Dania amidala : Mami tepom untuk decide tarikh..tengah bulan 5 pom ok, awal bulan 5 macam rushing sangat..mana-mana boleh belakalah..harap semua available time dan berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan..apa-apa tunggu je keputusan dari ma abah. ma abah, mami papa ok. aku ok je..

Wednesday, March 30, 2011

Tips Nikah Kahwin

Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

sumber:http://www.iluvislam.com

Dania amidala : sebagai renungan bersama...

Sunday, March 27, 2011

Trajedi yang tak plan

Jumaat lepas 25/3/2011 around 10.30malam camtu, aku dah baring-baring nak sleep dah..Dah tepom Mr.Sayang kul 8.30malam, dia cakap dia ada kat library tengah cari bahan. Malaslah nak kacau jadi aku pom makan-makan kat rumah, tambah kenyang dengan makan nasi kuah kari ikan tenggiri kat rumah che da petang tadi. Bila perut kenyang, mata pon secara automatik ngatok, nak tengok cite hantu malam tu pom cancel sebab terlalu ngatok. Tup-tup baru nak lelap, Mr.Sayang call suh siap-siap kita balik kemaman. waaa dalam hati happy bukan main, mata kembali cerah balik.hihihi.. Mr.Sayang cakap bapak saudara dia sakit teruk ada kat hospital kuantan. Mami suh balik kemaman. So dari mood happy terus sedih. Aku pom siaplah apa yang patot. Dalam hati berdoa moga-moga cepat-cepat sembuh. Aku pom terus call myMom and Dad cakap nak balik kemaman tapi dorang dah tido. Last-last call adda cakap aku balik, ada pom cakap ok. Lepas Mr.Sayang ambik aku, kitaorang terus ambik adik ipang kat subang. Kira kitaorang gerak kuar kl dalam pukul12 lebih jugaklah..Asalnya nak balik senyap-senyap taknak gitau sesapa pom aku balik kemaman. Last-last kantoi dengan farah..hahahha, plan tak menjadi.

Walau apa-apa pom, cuti weekend yang pendek ini sangat-sangat aku suka walaupun tak puas sebenarnya balik. Rasa sekejap sangat cuti. Apa yang penting hajat aku nak main dengan anak buah dan cousin aku aka aqeel ryan tercapai jua. Sabtu pagi tu, aku terus call my abang cakap nak ambik dany dan mia. Abang aku cakap dia ada kat kerteh ni. Tenghari baru pergi salon.huhuhu..Dah sedih dah aku time tu. Aku pom ikot abah dan ma pergi breakfast kat pasar kemaman. Mata jangan cakaplah ngatok gile, rasa nak tongkat dengan lidi je. Aku taknak tido, nanti menyesal tau. Balik kemaman tapi tak dapat buat apa yang aku nak buat. Lepas breakfast semua, beli sayur, ikan, ayam kat pasar. Siap-siap tenghari jugak. Sedang elok lalu kat salon, abang baru sampai. Aku pom teruslah curi dany dan mia siap-siap. Dorang umpan cakap nak pergi jalan-jalan memang compirmlah akan ikot.hahhaa..Actually aku nak tengok dany jalan kedek-kedek. Maklum orang baru boleh lesen P.hihihi..rindu betul kat dorang. MyMom drive pergi beli gula-gula dekat mia then terus balik rumah. Balik rumah aku terus suapkan nasi kat dany dengan mia. Pahtu mandikan dany bagi susu terus tido sampai petang. Mia pulak sibuk duk main dengan paksu dia. Seharian jugak jaga budak-budak ni. Sedar-sedar dany merengek bangun tido. Ma bagi dany kat aku, aku time tu tengah sedap tido, sakit kepala jangan cakaplah. Tapi paksa jugak sebab nak main sangat dengan anak-anak. Petang abang pom ambik dany and mia. Mr.sayang call gitau, bapak saudara dia dah ok dah, dah sedar boleh cakap-cakap dah. Alhamdulillah. pahtu tanya nak balik pukul berapa esok. dia cakap balik lewat-lewat skit lepas service kete. Aku lewat-lewat lagi on, boleh lama-lama skit kat rumah..ngehh

Agenda hari ahad pulak, dorang semua pergi kije, tinggallah aku sorang diri kat rumah. Kemas-kemas rumah semua, mulalah start moody dan sedih, sebabnya aku tak sempat nak jumpa aqeel ryan lagi.T_T..nak pergi rumah nenda tak da transpot. Last-last dalam pukul 12 camtu tengok adikku yaye datang rumah. Suka bukan kepalang, baru teringat kat aqeel. Tengok-tengok aqeel datang...waaaa, excited terlebihlah time tu..ngehh2..Apa lagi mulalah agenda melayan kerenah aqeel. Tak layan orang lain dah time tu. Nenda pom datang rumah, nak makan pom buat sendiri. Kejam gila aku..kehkehkeh..Main dan main dengan aqeel sampailah petang. Dalam pukul 5petang pergi pantai makan-makan jap dengan Mr.Sayang. Kesian sangat time tu, aqeel nak ikot. Asyik ikot je aku tengok aku siap-siap pakai tudung. Duk panggil mel..mel..mel...pegang tangan aku, ajak keluar rumah. Sian aqeel. Malam baru aku bertolak balik kl. Mr.Sayang datang ambik kat rumah dalam pukul 9.30malam. Cakap-cakap dengan abah dan ma kat dapur pahtu pergi ambik farah kat rumah then pergi rumah Mr.sayang.mami dengan papa nak jumpa. Sembang-sembang dengan mami dan papa. Makan-makan semua dalam pukul11.30 kitaorang pom gerak balik kl.

Apa-apa pom aku bersyukur sangat balik weekend tu sangai berbaloi. Boleh main dengan dany, mia dan aqeel.hihihi..Lagi satu bapak saudara Mr.sayang pom dah makin baik. Alhamdulillah. Panjang entry kali ni..hihihi..nak citenya aku dapat balik kemaman dan main dengan aqeel, dany, mia..hihihihi...

Dania Amidala : Nak balik kemaman tengah bulan 4 pulak..;-)

Tuesday, March 22, 2011

Teksi+india = Naim


Bila tiba hari aku dan naim pergi site dengan menaiki lrt memang akan ada sedikit masalah dan cerita lucu apabila tiba untuk pulang dari stesen lrt bandar tasik selatan ke rumah kami. Masalah kami untuk menaiki lrt tak menjadi masalah, naim pom dah makin pandai naik lrt tanpa bantuan dan tunjuk ajar aku lagi. Dulu-dulu yealah dia sentiasa berdebar-debar takot salah lrt ke, salah stesen ke. Hampir sebulan jugak naim dalam dilema bila waktu pulang dari stesen bandaraya - bandar tasik selatan. Sebabnya lrt tu macam makin naik ke stesen atas padahal kami nak turun ke bawah. Dia macam berlawan arus untuk kami pulang ke bandar tasik selatan.Ok stop about lrt, kita cite pasal teksi pulak.


Sampai je kami kat stesen lrt bandar tasik selatan, kami ada dua choice sama ada nak naik bus or teksi. Kalu bas mesti kena ambik masa sedikit untuk tunggu. Yelah takkan nak buat bus macam kete mak bapak sendiri je. Time sampai lrt, kami terus nak balik rumah masing-masing kan. Sudah tentulah kena tunggu masa bas sampai dan bergerak.So kami pom decide naik teksi jelah. Kat stesen lrt bandar tasik selatan ni, tak jadi masalah untuk naik teksi sebabnya berlambak-lambak teksi. Tapi masalah naim adalah....."Aku tak nak naim teksi dengan pemandu teksi orang india, yang berkepala botak, yang gemuk, yang perut buncit" Dania aku nak muntah...Kahkahkahkah time tu aku dah gelak besar kat naim. Nak naik teksi pom boleh pilih-pilih orang hensem ka...hahhaha.Naim cuak sebab teksi tu akan berhenti kat rumah aku dulu sebelum sampai rumah naim, for sure safety nya lebih diutamakan. Tapi ayat tak boleh blah, boleh pulak taknak naik teksi dengan orang india dan berkepala botak.

Dania amidala : Rindu sangat-sangat kat Mr.Sayang dah lama tak jumpa. Takpa berkorban sikit untuk Mr.Sayang fokus presentation, proposal dengan final examnya dulu.. I Love U Sayang..

Sunday, March 20, 2011

Mee Jawa

Tanggal 20/3/2011 selepas aku, herda dan fara tengok movie hikayat merong mahawangsa dan meronda-ronda untuk soping yang tak jadi soping dlm klcc tu. Kitaorang pom decide pergi warung soto berlada yang katanya milik anak pelakon ruminah sidek atau mak mah....kedai ini terletak di jalan jelatek. Actually sebelum ni aku dah pergi warung ni makan soto, nasi lemak, puding caremel, sangatlah sedap dan bolehlah untuk pergi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya.. Owner kedai pom macam friendly je..Semalam, sebelum sampai kat kedai lagi aku memang nak cuba mee jawa dia pulak. Sebab orang cakap semua best-best makanan kat sini.

Dengan penuh kebanggaan sebab akhirnya hajatku dapat jua makan mee jawa yang dah lama mengidam nak cuba mee jawa. Ni merupakan first time aku makan mee jawa tau. Dapat-dapat aku terus makan tanpa menoleh kiri kanan dah. Sekali suapan, gluppp apasal kuah mee jawa ni rasa manis-manis dengan rasa macam udang je. Aku dahlah tak makan udang dan geli makan udang. Lepas tu aku cubalah syko diri ini, bukan udang ni, perasaan je semata-mata. Sekali dan dua kali suapan aku telan dengan jayanya. Dah masuk 5-6 kali suapan aisyhhh apasal tekak ni makin lama makin kembang je. Tetiba rasa nak terjeluak je mee jawa tu. Last-last aku pom tolak terus pinggan mee jawa tu, minumlah aku air semata-mata..T_T..

Sampai balik rumah, siap mandi semua pom terasa lagi kuah mee jawa tu. Kembang tekak-tekak aku. Tido malam pom siap masuk dalam mimpi mee jawa tu, memang fobia betullah mee jawa ni gara-gara rasa macam udang kuah dia. Sampai aku terjaga tengah malam akibat perut macam segala isi-isi mee jawa tu nak terkeluar dari mulut ku. Memang agak dasyatlah penangan mee jawa tu. Cukuplah sekali aku makan mee jawa. Bagi orang lain mungkin best kot mee jawa, Aku ni memang tak boleh nak makan sebab dari kecik aku tak makan udang. Memang tak lalu gile dengan udang. Lagi besar udang lagilah aku nak muntah. Kadang-kadang siap abah beat dengan aku, kalu aku makan dia nak beri duit kat aku. Betapa kroniknya aku ni..hihihi

Setiap kali kami kuar berjalan, mesti orang lain ingat kami adik beradik.. Aku tengok takda sama pom muka sorang-sorang. Tak tau tang mana yang nampak kami ni siblings..


Dania amidala : Rindu nak balik kampung, dah rasa agak tidak betul dah. Sebulan kot duk kl tak balik-balik kampung.

Wednesday, March 16, 2011

hEPPy bIRtHDaY Lovely Brother

The only brother I have in this world
i love u so much my dear brother..
hepy besday to you
hepy besday to you
hepy besday yang ke-26
hahahha, abang dah tua..
semoga abang sentiasa bahagia bersama ur family
jadi anak, abang, suami dan ayah yang baik yea..
17-03-2011

Dania amidala : aku terasa sangatlah buhsan;-(

Minggu Paling Malas


Minggu ni dania terasa sangat malas. Malas tentang semuanya, asyik counting bila nak weekend.
Tapi bila muncul weekend tersangatlah risau, takot kebosanan hari weekend. Mulalah duk hello-hello orang itu, orang ini ajak lepak sama-sama.huhuhu..Yelah nak ganggu Mr.Sayang selalu risau jugak, dia sibuk dengan due date assignment dan prepare final exam awal bulan 4 ni.
Walau camne aku mesti perlu faham dia. Okiess, sapa dia weekend ni free???cepat angkat tangan, jom lepak-lepak dengan dania. Kita masak laksa penang dengan tengok movie hikayat merong mahawangsa. Sapa nak, meh datang rumah dania weekend ni. hihihi..

Cepatlah habis kije, cepatlah petang, cepatlah masa berlalu, tak sabar nak balik rumah untuk tido, main masak-masak dan tengok tv. Kenapalah dania ni tersangat-sangat malas this week, tambah-tambah untuk hari ini. Tapi camne pon task tetap kena jalankan. Walau camne target nak siap jugak dua report modul smp ni.huhhhh chayook2 dania pasti boleh, Lawan sifat malas itu.

Rasanya boleh agak kenapa ku jadi seperti ini, sebabnya dania tak balik kampung dah lama tau. Agak-agak dah 3week kot. Tak jumpa dengan dorang semua. Nak balik kampung tapi memikirkan fulus tak berapa datang. Camne pom kena jugak saving, tidak susah pulak next month nak beli barang, nak tempah barang. Takpalah berkorban sikit untuk masa depan. Rindu betul kat korang semua. Macam mana erk keadaan rumahku dikampung, rindunya dengan suasana itu. Rindu kat katilku, bantalku. Kepada adik perempuan kesayanganku yang suka gelak macam nak pecah rumah iaitu wan rabiatul adawiyah, plz dan plz dan plz jangan buang or bakar buku-buku study mel. Biarlah hanya kertas ke buku teks ke, buku fotostap ke apa ke simpan je dalam kotak tu. Jangan usik pape..Mintak tolong sangat-sangat.

Dania amidala : Counting bila nak masuk gaji ni, nak setel semua kije. Nak beli barang pahtu senang bagi kat ma terus dan sewa siap-siap apa yang perlu sewa. Lepas itu boleh balik kemaman bincang dengan ma dan mami.

Tuesday, March 15, 2011

Only Girl - Rihanna

La la la la
La la la la
La la la la

[VERSE 1]
I want you to love me, like I’m a hot pie
Keep thinkin’ of me, doin’ what you like
So boy forget about the world cuz it’s gon’ be me and you tonight
I wanna make your beg for ya, then imma make you swallow your pride

[CHORUS]
Want you to make me feel like I’m the only girl in the world
Like I’m the only one that you’ll ever love
Like I’m the only one who knows your heart
Only girl in the world…
Like I’m the only one that’s in command
Cuz I’m the only one who understands how to make you feel like a man, yeah
Want you to make me feel like I’m the only girl in the world
Like I’m the only one that you’ll ever love
Like I’m the only one who knows your heart
Only one…

[VERSE 2]
Want you to take me like a thief in the night
Hold me like a pillow, make me feel right
Baby I’ll tell you all my secrets that I’m keepin’, you can come inside
And when you enter, you ain’t leavin’, be my prisoner for the night, oh

[CHORUS]
Want you to make me feel like I’m the only girl in the world

Like I’m the only one that you’ll ever love
Like I’m the only one who knows your heart
Only girl in the world…
Like I’m the only one that’s in command
Cuz I’m the only one who understands, like I’m the only one who knows your heart, only one…

[BRIDGE]
Take me for a ride, ride
Oh baby, take me high, high
Let me make you first
Oh make it last all night
Take me for a ride, ride
Oh baby, take me high, high
Let me make you first
Make it last all night

[CHORUS]
Want you to make me feel like I’m the only girl in the world
Like I’m the only one that you’ll ever love
Like I’m the only one who knows your heart
Only girl in the world…
Like I’m the only one that’s in command
Cuz I’m the only one who understands how to make you feel like a man
Only girl in the world…
Girl in the world…
Only girl in the world…
Girl in the world….

Dania amidala : sekali sekala best jugak layan lagu ni...

Monday, March 14, 2011

Dany dan Damia

sangat cumel daniels dan damia makan aiskrim

Rindunya aku pada budak kecik dua orang ni..rasa nak geletek-geletek especially pada dany aka sin chan. Tengok-tengok gambar ni adik pulak besar pada kakak. Lepas ni siaplah kakak kena buli dengan adik. Tambah adik dah boleh kaki, lagilah syok. Aissshhhh tak sabar betul nak balik kampung camni. Tapi kalu balik kampung pom sure tak dapat nak culik mereka berdua, sebab sibuk tolong myMom kemas rumah dan setel benda yang patot.T_T..

Dania amidala : harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan dengan apa yang telah dirancangkan kalau itulah dinamakan "jodoh".Insyallah..ajal maut, jodoh pertemuan dan rezeki ditangan allah..

Tuesday, March 08, 2011

Annual Dinner Ofis

Semalam 8/3/2011 Jam 8pm company aku kije sekarang buat annual dinner kat
Dewan Siantan 1
2nd Floor, Putrajaya Holding Complex
Presint 3, Putrajaya.
(Opposit of Istana Kehakiman)

tapi aku, naim, kak faie dan dila bertolak pukul 6.15 petang dari rumah. Lepas tu kitaorang sembahyang dulu maghrib kat masjid putrajaya. Acctually aku dengan bebudak ni plan taknak pergi dinner, jadi kami tak replylah email event tu. Tapi sehari sebelum pergi kami mendapat kabar berita dinner ni wajib pergi. So kelam kabutlah, baju dinner pom pakai mana yang ada depan mata. Mujurlah tema tradisional jadi tak susah mana nak pakai baju..ngehhh2..Kira puas hati jugaklah datang, dapat makan macam nak pecah perut. Bajuku pom rasa ketat gile lepas makan sebab perut dah kedepan..ishhh..ishhh. Dan lagi best dapat lucky draw hamper, naim dapat payung, kak faie dapat iron cuma malam tu dila je tak bertuah. Target aku datang dinner ni kot-kotlah dapat phone ke barangan letrik ke, camera ke. Nak dapat staff lama berkhidmat or cemerlang ke dengan hadiah bank in ke dalam tabung haji sebanyak Rm8k tak silap. Memang agak mustahil. Kalu dapat boleh buat kawen terus..Takda aku susah-susah kumpul duit dengan Mr.sayang.. Mr.sayang cakap takpalah, dapat jugak hamper. Rezeki tu, dari tak dapat langsung..Cewah bahagian memujuk...

Sebahagian my team ejkm

naim, dania, kak faie dan dila

@Masjid putrajaya selepas solat

gambar candid ni..orang tengah semangat fokus

auuuucakkk..im dania amidala, macam hantu celop tepung je..

me and kak faie aka developer yang bijokss lagi bersungguh-sungguh menghadap coding

Dania amidala : Permudahkanlah semua urusanku dan Mr.sayang, misi aku dan Mr.sayang adalah saving money..I Miss u sayang...ngehhhh2

Monday, March 07, 2011

Saving Money


Aku perlu saving money bulan depan 1k ataupun lebih 1k daripada gajiku untuk cover money this month. Harap aku berjaya lakukan. Chayook-chayook dania amidala. Mulai hari ini, aku akan berjimat cermat dan tidak boros kearah food, shopping dan shopping lagi. Setelah semalam berbincang panjang lebar. Sorry tak tunjukkan kesungguhan semalam dan agak moody sedikit. Sama-samalah berkorban untuk masa depan kita. Actually banyak benda aku perlu saving untuk beli barang yang sepatotnya dan wajib bulan 4 nanti.

Dania amidala : Terasa banyak benda belum setel lagi dengan tidak membuat pape lagi 0% progress..Harap sempatlah aku laksanakan semuanya. Sama-samalah bantu membantu..

Sunday, March 06, 2011

Sanctum


Sabtu lepas aku dan cousin aku nurul dan adik pergi lepak mid valey. Asalnya kitaorang plan nak spa kaki. Ala yang kita rendam kaki tu lepastu ada ikan gigit-gigit kaki. Last-last tak jadi dan kitaorang decide tengok movie jelah. Dan dengan semangat wajar aku drive ke mid valey nak tengok "i am number 4"..Aku tak tahu kenapa, dalam kepala aku teringat adik efunk aka adik Mr.Sayang selalu cakap 4 sampai ceroh. Apa-apa mesti tak miss 4 dia. Tapi sayang movie tu, seat dia jauh-jauh. Mean kena berpecahlah kitaorang 3 orang. Jadi last-last adik gitau tengok sanctumlah..Kitaorang pom tengok sanctum 3D. Gila kentang tau, first time tengok 3D agak terkejut beruk jugak sebab macam kitaorang sama-sama berlakon dengan diorang.

Ok Back to story sanctum ni untuk permulaan movie ni, agak agak bosan sedikit sebab macam explore gua yang tak tahu apa motif dorang. Movie nie bercerita tentang keghairahan Frank Mcguire sebagai seorang penyelam terhebat. Watak Frank adalah seorang bapak yang tak ada perasaan, walaupun kawan dia mati depan mata dia. Frank ada seorang anak yang berusia 17 tahun iaitu Joshua. Joshua sangat benci dengan bapak dia, sebab dia rasa bapak dia tak pernah faham apa yang dia minat dan selalu paksa dia buat apa benda yang dia langsung tak minat. Sebenarnya watak Frank lah paling terbaik dalam movie nie. jalan cerita dia bagus sangat sebab penuh dengan suspen dan bermakna. scenes dalam movie ni pulak banyak yang buat kita rasa tak senang duduk.

watak Joshua lebih menyerlah bila movie ni dah nak sampai ke penghujungnya. Joshua ni tak tunjuk sangat bakat yang dia miliki daripada bapak dia iaitu Frank, tapi sebenarnya watak Joshua adalah watak utama dalam cerita nie. Part yang paling sedih sekali, yang buat aku menahan sebak Joshua terpaksa bunuh Frank dengan melemaskannya ke dalam air. Frank mintak Joshua bunuh dia sebab dia dah tak tahan dengan kesakitan yang dialami. Kalaulah kawan Frank berdamai, bortolak ansur semua ni takkan berlaku. Tiga-tiga orang semua dapat selamat. Aku faham mesti kawan Frank amat geram dan marah sebab victoria aka girlfriend dia mati. Apa-apa memang tak rugi kalu tengok cite ni.

Dania amidala : Dania dah ditegur oleh Mr.Sayang, lepas dari bulan tersebut dania tak boleh pakai pakaian macam sekarang dania pakai dah. Dania kena pakai baju kurung or jubah berfesyen jaa. Kena ubah dah, nampaknya lepas ni kena banyakkan shopping baju kurunglah aku. Patotlah setiap kali jumpa mami, papa, dan tok mesti mr.sayang suruh jugak pakai baju kurung even time tu aku pakai jeans.hahahha

Tuesday, March 01, 2011

Blog usang

Assalamualaikum dan salam sejahtera my blog ;-)

Dania mintak ampun kerana meminggirkan blog buat seketika.
Bukan tak ingat pada blog ni tapi keadaan yang sangat sibuk dan banyak hal nak kena setel.
Fuhhhh kadang-kadang rasa tak bernafas, baru nak rilek ada je kije kena buat.
Dengan hal ofis, hal personal dan macam-macam lagilah.
Niat di hati nak balik kampung...Bila bercakap je, mesti tak dapat lari dari kampung halaman, family, anak buahlah. Sorrylah..ini adalah dania memang sentiasa homesick..
Sampai kadang-kadang myMom cakap, mel takyah baliklah duduk je kl..
simpan duit je, balik pom bazir je..Bukan lekat kat rumah, balik kampung macam kena
kejar dengan harimau je. Kejap sana, kejap sini..hihihihi

............smilee..............

Dah yealah kalu aku balik tak buat benda yang aku suka, mesti nanti rasa menyesal..
okey-okey back to story..
Alhamdulillah rezeki aku sebab niat nak buat benda baikkan..
Company aku telah memberikan bonus half gaji selama dua bulan berturut-turut.
Tapi aku tak dapatlah half bonus sebab tak sampai setahun kije. So bolehlah..
Alhamdulillahlah..Boleh saving untuk my our plan nanti..

Alhamdulillah jugak 3/3/2011 berjalan dengan lancar semua. Tanpa aku plan dalam masa terdekat ini. Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan tanpa kehadiran aku disisi.
Terutama sekali pada my lovely cousin una yang banyak membantu support walau awal-awal
kena marah sebab tak cite dari awal. Tau-tau beliau kena pulang ke kemamang idamang.
Tapi aku telah dikenakan pada malam tersebut oleh una, sucah dan adda dengan menipu aku hidup-hidup sebagai balasan. Takpa ada ubi ada batas yea..Apa-apa pom thanks pada korang semua..XOXOXO

Dania amidala : harap semuanya selamat, jauhi kami dari dugaan.