Kesihatan aku

kali ini aku nak post perjalanan hidup aku sepanjang dua bulan tinggal di bumi bandar tasik selatan ini. Sejak dua minggu ini, kesihatan aku sangat tidak baik,merosot jugaklah. Aku asyik gastrik, cepat gelap mata *kemungkinan tekanan darah rendah aku makin menjadi-jadi, malam-malam aku asyik kejang kaki. Sampai kadang-kadang meraung-raung dalam bilik. Sakit masyaAllah bila kejang. tak boleh nak buat apa. Pahtu kan aku perasan baju-baju kurung aku ni makin longgar, aku tak tahu sama ada aku makin mengecil ataupun baju tu makin membesar. Sebabnya, bila pakai je baju kurung dah macam gedabak dan macam jubah pulak. lagi satu bila aku pergi tempah baju-baju kurung aku kat mak cik tu, mengikut ukuran baju asal aku siap kena pergi hantar semula. Besar sangat, bila pakai kain tu siap pusing 90 darjah kot, longgarlah pinggan, baju pulak macam besar sangat-sangat.arghhh tensen aku..makannya banyak je. Aku berharap start nextweek kesihatan aku kembali normal.

Risau jugak sakit-sakit ni, dah jauh dari ma abah, takda orang nak tolong tengokkan. Ada call tapi duk jauh buat apa jugak. Ada hari yang aku patot pergi bank sattle pinjaman kereta aku..fuhh hampir-hampir nak pengsan dekat stesen lrt bandar tasik selatan. Aku dah cuak gila, buat aku jatuh pengsan ada je berbuka kat hospital nanti. Aku pom dah rasa semacam, dengar tak dengar je keadaan sekeliling, pandangan pom dan berpusing macam aku duk dunia yang asing, macam makin gelap. Aku terus gagahkan diri pergi ke toilet **dalam hati memang motivate diri, bagi semangat suh kuatkan diri, bertahan..sampai betul-betul kat pintu toilet, pandangan aku dah gelap, lemah. Aku terus berpaut pada pintu toilet, rehat sekejap. Lepas tu basuh muka, rehat sekejap. Muka time tu tengok kat cermin dah macam mayat hidup je. Pucat lesi, lepas basuh-basuh muka barulah gerak ke tempat menunggu bus or teksi untuk balik. Tapi time tu cukup-cukup tak larat, badan dah seram sejuk. Alhamdulillah tetiba bus datang, aku cepat-cepat naik bus untuk balik. Mujur tak sampai 5minit dah sampai rumah aku. balik-balik terus baring dan tido sampai nak berbuka. Memang tak larat sangat-sangat. Tah napa tau sakit aku, sampai sekarang aku tak bagitau kat abah and ma takot dorang risau, walau hari-hari dorang call. Susah jugak aku ni duk sorang-sorang takda orang jaga. Tambah kesihatan tak begitu baik. ishh kena cari kerja kat kampung jugak ni nanti, takpom kawen cepat-cepat. Arghhh aku tak cukup bersedia lagi nak kawen. Harap korang mengerti yea, bukan taknak kawen. Tapi tak boleh aku menipu diri, kawen dengan orang yang bukan aku cintai. Seumur hidup tu tanggung. Aku nak biarlah kawen sekali seumur hidup, bahgia. Ni kawen tak bahgia, tak best jugak. Macam aku berikan fizikal je tapi buka dengan jiwa aku. Aku tak nak husband aku rasa macam tu. Tambah derita adalah, baik hidup bujang.

Comments

9W2HRZ said…
mu kene nikoh doh, cari org jage mu, mase bulan pose ni memang akan ada lah timbul nyakit bulan pose

1- gastrik
2- mu rasa nak pitam. sebab nya hok no 1 tu jgk. sbb perut kosong. kmungkinan besor sebab mu dok sahur

guane aku tau? sbb aku pun gitu jgk, siap muntah2 lagi kalu sahur. dr suruh aku jangan pose, tapi aku terok gok.

ok sebab mu rasa nak pitam sebab mu kurang glukosa, jadi mase buke, sila lah beli gula glukosa tu buat air gune mende tu atau beli air ribena. buka pun jangan makan pelahab slalu, makan sikit2 sejam skali makan. pahtu cari ubat name omeprazol, masa sahur makan sutey. insyAllah bleh tahan utk shari tu.

sekian
Dr Dok Bertauliah
Dania said…
hahhaha...nikoh tu x lg r..xsedia dari segi mental n fizikal lg..
molek erk glukosa tu??..aku try r cari se tin..asyik gastrik je, dah rasa macam nak pitam..dah aku sahur mana boleh makan macam orang lain, kekgi jadi lagi dok rokk..hbs2 minum air dengan kurma je..

Popular Posts