Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, December 23, 2010

Senggugut

Entry kali ni aku nak bercakap tentang senggugut iaitu sakitnya apabila tiba musim perempuan datang bulan. Ni sesuai untuk kaum wanita dan bagi kaum lelaki nak tau info dan ilmu tentang senggugut sila baca. Sengugut ni memang sahabat setia wanita pada setiap bulan. Tapi ada jugak wanita yang tak merasai senggugut.

Senggugut yang paling teruk aku kena masa form 5 wartu perhimpunan. Memang kaww-kaww r.. Siap pengsan dan muntah-muntah. Dari elok duk dengar tazkirah dari pengetua, last-last terasa seram sejuk dengan berpeluh-peluh dan makin lama aku dengar sayup-sayup suara. Lepas tu ting tong teruslah..Gelap dunia. Aku jugak nak ucap terima kasih dekat nenda aku, setiap kali aku datang senggugut nendalah yang akan urut perut, kaki, belakang badan aku. Pakaikan stokin, selimutkan aku. Time tu memang takda istilah geli dah. Memang nikmatlah nenda urut. Thanks nenda..

Ok mari aku list kat korang camne rasanya sakit dan nikmatnya senggugut ini:

1)Sakit pinggang belakang badan macam tegang urat-urat belakang yang seperti tak baring selama sebulan.
2)Lenguh dan sengal-sengal kaki dari hujung kaki sampai ke pinggang. Sampai satu tahap rasa nak cabut je kaki, pinggang, perut dan segala anggota letak kat tepi.
3)Perut rasa macam keras je, Macam perut seperti ditekan-tekan
4)Nak makan tak boleh, nak minum tak boleh
5)Nak berdiri tak boleh, nak duduk tak boleh, nak baring tak boleh, nak buat macam-macam tak kena
6) Sejuk kaki-kaki, pucat muka-muka
7)Sakit perut macam terkena buasir, rasa nak buang air besar tapi sebenarnya tak
8)Rasa loya-loya dan muntah-muntah

Hah, dah dapat feel camne sakitnya senggugut.. wahai lelaki yang takkan pernah merasai kesakitan ini?

Antara tips yang pernah aku amalkan semasa datangnya senggugut:

1) Sapu ubat macam Minyak Cap Kapak, Balm or minyak panaslah. Time tu bau ubat adalah yang paling lega. Ibarat macam perfumelah untuk 1st dan second day period.
2)Minum air panas bergelas-gelas sebab baru rasa macam lega sedikit. Lagi elok amalkan air panas je, jangan minum air sejuk time tak datang senggugut or time normal.
3)Tido walau sebenarnya tak boleh nak tido sangat. Sambil urut perut sambil baring, lama-lama
kita akan jadi lali atau tertido secara tak sengaja.
4)Duduk dengan macam-macam gaya mencakung, bersujud, dan ikotlah apa-apa gaya janji tak sakit perut
5)Bila baring letak bantal belakang pinggang. Sebab kenapa, masa tu pinggang agak tegang jadi bila letak bantal agak kurang sedikit.
6)Telan panadol tapi jangan amalkan sebab takot effect lain. Tapi bila telan panadol compirm memang hilanglah senggugut tu.
7)Yang terakhir orang cakap kahwin. Sebab bila kahwin akan hilang senggugut. Part ni aku tak tau sebab tak merasai lagi, ni orang-orang tualah cakap.

P/s:Bagi kaum lelaki yang mempunyai isteri / kekasih / adik perempuan silalah beri kasih sayang, perhatian dan support pada kaum perempuan. Kerana time tu perempuan agak sensitif, agak moody, cepat naik darah. Walau time tu kaum lelaki tak boleh nak buat apa sebenarnya tapi bagilah support.

Dania amidala:Nak pergi dekat ma, abah dan adik-adik dekat ampang dan bawak dorang pergi jalan-jalan

4 conteng disini:

Fadhlina Zahra said...

Dulu ade jugak kene sanggugut tapi sekarang tak rasa langsung. Yang kelakarnye bila period selalu orang tau bila perut rasa tak sedap tapi kita tau-tau je dah ade stain. Tak rasa apa langsung haha. Tapi kalau senggugut yang teruk orang kata baik gi jumpa doktor sebab tak elok kalau teruk sangat

Dania said...

woowww mmg bestlah nana macam tu..tak rasa senggugut. life pom tak menganggu, takda nak mooddy xtentu pasal. Rasa ok kot tak jumpa dr, setiap bulan teratur ja menjadi penderma darah cuma tak tahan senggugut jelah. hihihi

armouris said...

info tentang senggugut di SIHAT SELALU - Kurangkan Sakit Senggugut Dengan Bertungku

Team said...

Salam, awak boleh cuba pad herba Avail & insyaAllah boleh menghilang/ kurangkan senggugut tanpa makan ubat.Sila rujuk http://www.goavail.com/senggugut