Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 07, 2010

Tudung oh Tudung


gambar tudung syria sekadar hiasan yang aku cedok dari pak cik google


Lastweek dua kali berturut-turut aku soping tudung syria..oyeeaahhhh...Kali pertama aku pergi malam dalam pukul 8.30malam dengan shitah dan bathiar aka bf shitah. Aku soping tudung syria kat jalan tar. Lepas call myMom dan Mr.Sayang tentang keberangkatan aku ke jalan tar untuk soping. Sampai je jalan tar agak menghampakan aku. Kedai dah tutup, adalah 2-3 kedai ja buka time tu. huhuhu.. Tu pom tak banyak mana choice. Sangat-sangat sadis, lepas tu pakcik kedai sebelah gitau mak cik kedai sebelah dia, aku mau beli tudung syria. Mak cik tu siap dah tutup rapat dan kunci pintu kedai dia. Last-last dia buka jua akhirnya. Aku pom dengan cepat-cepat pilih tudung colour purple, pink, grey dan blue. Dalam masa 10minit, siap beli dan bayar..oyeahhhh bila dapat tudung syria yang aku nak gembira bukan kepalang lagi. kehkehkehkeh. Setelah selamat sampai, aku pom bagitau kat Mr.sayang dapat beli empat tudung. kekekke.. Dia pom cakap, takpa belilah. dah memang aku pakai.

Second round pulak aku beli tudung, selang dua hari dari hari aku beli tudung syria yang empat helai tu. Tapi yang ni aku keluar awal sikit dengan shitah. Dalam pukul 6.30 petang, lepas bayar duit kete kat bank islam dekat ampang. Sembahyang magrib dekat sogo, aku pom dengan berhati-hati melangkah ke jalan tar. Sebelum tu aku dengan berhati-hati call my Mom dan mesej Mr.Sayang mau soping tudung lagi. Dalam hati kam main berdoa, moga-moga dorang ok. Ma aku apa lagi duk pot pet pot pet seperti yang dijangkakanlah. Dah baru lagi beli tudung, tup-tup nak beli lagi. Adik aku adda tau kakak dia nak soping tudung, nak jugak dia tudung..aduhlaa..masa untuk mengepawww kakak r..Mr.Sayang pulak terus call, amboi-amboi soping nampak. Bukan main lagi. Takda dia asyik soping jaa..Aku pom gelak jelah. hahahha. Dia cakap kan baru lagi beli, ni nak beli lagi...tapi apa-apa ayat belakang tu selalu ada..take care sayang. Mujur tak marah sangat. Dalam duk pilih-pilih, tup tup aku terbeli tudung syria 3 helai. Bukan nak tapi terbeli, jadi nak buat macam mana kan.J adi sekarang koleksi tudung syria aku sudah 8 helai. Malam tu dengan bahagianya aku tido dalam senyuman sebab hajat untuk dapatkan tudung syria tercapai.

dania amidala: next month pulak soping tudung syria lagi. oyeahhhhh..lepas ni aku makan tudung syria, tido tudung syria, mandi tudung syrialah jawabnya aku.

0 conteng disini: