campur-campur

Ya Allah ya tuhanku..permudahkanlah urusan kerja ku. lancarkanlah perjalanan kerjaku. Aku teringin nak belajar benda alah ni. Tapi tak boleh-boleh lagi oracle publisher ni, untuk aku hasilkan report dari database..huhuhu..Dah 3x install dah, macam doa, jampi, matera dah aku baca..hihihi..tapi tak jalan-jalan jugak..aduhlaaa oracle publisher tersayang. Semangat tau nak buat ni. Sebab tengok orang buat macam magik.

Tip top tip top tetiba teringin nak makan nasi epal yang masa aku pergi openhouse rumah student nana tu kat pandan indah. Sedapnya, sampai mulut aku sekarang dapat rasa nikmatnya makan nasi epal tu. Memang terbaiklah nasi epal itu sepanjang hidup aku, aku pernah makan. Makan sekali pasti nak lagi. Dia ada salad mayonis, ada ayam panggang dengan kuah apa tah, nasi campur epal. Sedakkk, sehingga licin dalam pinggan aku..Tak tahan siap tambah lagi.Huhhh memang terbaiklah..Dah bayanglah dari pukul12 tengahari sampai 8.30 malam baru balik rumah aku kat BTS..hihihii

Keadaan abang camnelah sekarang, semalam cakap tak da apa-apa arini dah boleh balik rumah. Hope abang cepat sembuh. Jaga kesihatan baik-baik. Mel rindu gila kat family, big family, kat Mr.Sayang, kat kawan2, kat kemaman, kat kedai hujung dunia, kat kemaman station, kat kedai atas bukit, kat pantai kijal. Masuk minggu ni dah 2week tak balik kemaman. Camnelah aku ni, memang parah asyik homesick jaa. Meracau-racau ja nak balik kampung. Asal buat hal nak balik kampung, mulalah ma abah aku pening kepala. huhuhuu.. Mulalah 2-3x sebentar call cakap nak balik. Mana tak harunya.hihihi..

kepada cik farah silalah datang kl lompur cepat-cepat. Kesian kat aku duk sorang-sorang kat sini. Cakap nak soping kat sogo. Cik erda pom sama, silalah datang kl lompur jugak. Cakap nak bawak aku pergi pavillion sampai sudah tak bawak lagi. Aku nak cari tart portugis dengan roti tu. Aku tak mau baju-baju ke apa. Sebab tu bukan taraf aku nak soping situ. Mahal nak mampos, debor nak masuk butik-butik sana..kekeke..Mr.sayang cepatlah datang kl lompur. Sian saya sorang-sorang kat sini. Takda orang nak tunjuk jalan, ajak makan kedai yang masak best2..walau Mr.sayang pom 2x5 ja bab jalan dengan saya. Sama-sama sesat..hahahha

About kete, dania amidala tak pergi bayar lagi kete bulan ni. Aiseyyy weekend ni kena cari bank islam. Biasa dania amidala akan bayar dekat kajang sebab dekat dengan site. Dah sekarang tak pergi site penjara kajang. So dah tak kenallah kat mana bank islam. Sewa rumah, bil api air dah setel sume. kl lompur ni bukan kampung dania amidala, susahlah sikit nak cari bank islam. Dah masuk bandar kl lompur tetap failed lagi. Setakat kajang, ampang tu kenallah. Lebih pada tu memang mintak maaf banyak-banyaklah.hihihii..

dania amidala : 50-50 keadaaan sekarang yang sentiasa membilang hari mau pulang ke kemaman. Tolonglah sibukkan diri, kalu banyak waktu terluang memang dania amidala akan menjadi tidak betul. Meracau-racau nak balik kemaman. Parah-parah..

Comments

Popular Posts