Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, January 31, 2010

kerana air mata



aku tak tahu kenapa aku meletakkan gambar orang sedang menangis, mungkin sekarang ni aku sedang berduka..tau kenapa sebab aku rindu nak balik kampung. Dan aku sangat-sangat penat buat sistem ni. tolonglah jadi, jangan buat aku tensen. jika ikotkan hati nak je hempas laptop supaya sistem aku terus jadi..tak pon ada ke orang dengan sukarelanya tolong membuat sistem aku..yeahhh itu dia, betapa bahagianya hidup aku..satu lagi modul aku tak siap, apa lagi kamera r..yang lain insyallah dah ok..kalu kamera jadi aku dah bersyukur, tak da dah risau nak jumpa dr.S, tak da dah nightmare dr.S, tak da dah angau ke dr.S, tak da dah takot ke dr.s, tak da dah hafal dialog nak jumpa dr.S keesokkan hari, tak da dah makan tak lalu, mandi tak basah, tido tak lena disebabkan dr.S..FYP tolonglah jangan menghantui diri ini sehingga mengeluarkan air mata ku..setakat ini dah 3x aku menangis kerana FYP..aku cukup-cukup tertekan dengan FYP..tertekan2 pon yang tak tahan facebook boleh je layan hari-hari..bukan apa aku nak release tensen je..bermain farmville aku yang dah level 22 dan bersembang dengan sepupu sepapat aku..aku cuba tanam azam tak nak buka facebook sampai siap FYP tapi siyes cakap tak boleh..asal online buka facebook r kejap..tengok-tengok sampai sudah duk layan facebook.pada keluarga, rakan-rakan, sahabat-sahabat, pensyarah-pensyarah doakan aku boleh buat sistem aku dengan jayanya dan yang pasti dapat grad dengan jayanya...ya allah berikanlah aku kecemerlangan pada semester akhir ini..aminn

dania amidala : sad

Part Time Job

kelmarin sabtu tepat jam 2.00 petang - 10 malam aku telah membuat part time job.
dengan tiada pengalaman bahagian promote barang, then berdiri di tengah orang lalu lalang.
promote barang yang aku tak pernah cuba, tak pernah pakai..semuanya tibai dan study masa tu juga. tapi siyes aku cakap kerja promote barang penat lagi dari kerja catering yang aku penat buat..yelah korang bayang dengan berdiri dari kul2-10 sampai sakit pinggang aku..tapi memang aku niat, aku dapat gaji ni aku nak bayar bil api dan air rm31.30..aku tak nak mintak dengan abah and ma aku..insyallah kalu ada rezeki aku pon tak nak mintak untuk bayar duit rumah sewa untuk bulan 2 dan 3 ni..aku nak guna duit aku sepenuhnya..jadi terpaksalah aku buat part time job walau gajinya tak da lumayan sangat. bak orang kata cukup-cukup makan je..part time job ni aku dapat dalam rm57 + dengan komisyen jual barang..bukan apa, aku cuma nak merasa berdikari macam mana..atleast tanpa bantuan ibubapa aku, aku masih lagi boleh berdiri sendiri..tapi siyes aku cakap, memang kena plan betul2 r..apa yang nak beli nak apa kena fikir betul2..tidak habislah..dengan tidak boleh bershopping, berjoli kemana-mana..best juga macam ni dari dulu mengharap duit orang tua je..atleast aku boleh belajar macam mana nak berdikari dan berjimat cermat..sekian dulu dari dania amidala


dania amidala : mood sangat baik

Thursday, January 28, 2010

member PLKN

enam tahun wa cakap sama lu tak jumpa..hehe..aku tak jumpa shasha, member plkn..hebat walaupun pernah lost contact sebentar tapi akhirnya ikatan persahabatan tetap kukuh.
walau hanya sekejap kita berjumpa, tapi amat berharga..ada rezeki kita jumpa lagi. Dan akan berjumpa lagi dengan member2 plkn yang lain..terutama yang aku nak jumpa sangat-sangat ialah jai, mizi, shikin, faiz, wani, wati..jom tengok beberapa keping gambar yang berjaya aku ambik dan sidaikan di blog ini buat tatapan member2 plkn aku yang lain...miss u so much..






dania amidala : sakit perutlah tapi teruskan juga perjuangan membuat coding..

Wednesday, January 27, 2010

Jawab berdasarkan perasaan


jawab mengikut apa yang anda rasa berdasarkan gambar dibawah:


siyes aku cakap..aku suka sangat dengan girl n boy ni..aku suka tengok cite ni..sebab nampak sweet sangat..

bestnya kalu aku jadi girl ni..aku suka boy ni..macho dan memenuhi taste, apa yang aku nak..tak tunjuk sangat over bercinta tapi time2 dia..baru syok..ni kalu ari-ari berkepitnya, ari-ari bersayang darling..huh bosan-bosan..
aku suka part ni, nmpak bhgia je..bilalah aku nak nek beskal ni dan boy ni bawak aku..haha rasa-rasa tunggu kucing bertanduk dulu kot..dia pon tak kenal sapa aku ni..kan..kan..kan.
aku teringin nak jadi macam girl ni, cute dah comel..hah berangan lagi..pulak tu bila bersama boy ni macam selamat je, sebab boy tu besar..atleast ada penyangak dia boleh r belasah..hehe


dania amidala : sangat happy

keserabutan girl %$#@&*!!$%#@

arggghhhhhh adakah aku sudah tak betul..
rasa nak jerit je, kepala aku sangat berat
dengan berbagai-bagai beban masalah...
tolonglah ya allah kurangkan masalah negara aku..
aku tak larat nak memerintahnya sendiri..
citt, bila masa aku jadi PM..takdelah..wink**
serious sekarang ni..


lagi 7 minggu wa cakap sama lu nak present projek final,
matilah gua kali ni. sistem tak jadi lagi.gua malu sama supervisor gua,
lecturer gua dan kawan sekelas gua. sape terer wak programming jsp
utk call webcam n save video yang dirakam..
plzz gua perlukan pertolongan lu..sekarang pom gua rasa macam
tak cukup pernafasan je, tak cukup energy,
tak cukup vitamin..dah dengan test lagi..siyes gua cakap
dua subjek yang gua wajib ambik ni, tak faham..
sebab dua-dua macam ada math..
gua ni alergik skit dengan math, bahagian mengira-gira..
gua betul-betul takot..maklum r gua ni tak berapa pintar
macam orang lain, gua kalu bab-bab membaca dan menghafal boleh r.
sudahlah merapu..

dania amidala:mood agak kurang baik, tunggu mangsa untuk ngapp


Monday, January 25, 2010

Suara Rindu - Azad Jasmin (OST Cinta Balqis)

Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya

Tetapi ku takut tidak mungkin dapat ku miliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri

Apa yang tinggal hanyalah
Doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan

Chorus
Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku

Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah luka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya

Ulang Chorus 2X

dania amidala : kurang baik tapi mendapat semangat baru bercakap dengan mummy

Sunday, January 24, 2010

jamku sudah dijumpai!!!

dengan ini saya dania amidala tuan punya blog, ingin mengumumkan
saya dah jumpa jam rossi valentino dan gelang saya...
yeyeeehhhh..nak tau jam dan gelang saya berada dimana...
siyes bukan saya buat walau terang2 aku pegi campak kat lain dan taknak mengaku salah
saya jumpanya di dalam kotak tisu..*wink..saya try angkat kotak tisu,
rasa berat dan berbunyi sumthing..then saya pon masukkan tgn..sah, saya jmpa...
dengan muka yang girang...*wink2..yahooooo...

p/s:so lain kali jangan campak sesuka suki hati je???ada faham

dania amidala: sangat baik ari ini

mee hoon goreng dipagi ari

pagi tadi aku tak dapat tido dah around 4a.m..knapalah kacau aku di pagi ari...tlg jgn kacau..
aku dan berjaga, compirn tak dapat tido lagi..aku sudah kehabisan ubat resdung..
so pukul 6a.m aku dah siap mandi, solat n baca yassin serta mahsurah ek..dah lupa ejaan betul..
lepas tu aku mulakan acara memasak mee hoon goreng..jangan pandang sebelah mata yea..

jeng

jeng

jeng

first time masak mee hoon goreng, no instruction...aku nak tekankan disini
nak tau apa jadi?????
hah jadi siot mee hoon goreng aku..bangga gilos aku...
kalu tau aku ada bakat terpendang buat mee hoon goreng,
aku dah buat mee hoon goreng untuk zafirah **besday girl semalam
yang sambut di pantai tok jembal**

hah korang nak tau resepi mee hoon goreng simple aku???nak tak???
ke tak confident??hehehe..oklah aku gtau resepinya...

jeng

jeng

jeng

bahan-bahan:
mee hoon direndam dengan air
bawang merah 2biji
bawang putih 3biji
ayam dipotong dadu
carrot dipotong mengantikan sayur
cili boh 1 1/2 sudu besar
sos cili
sos tiram
garam
air
minyak masak
kicap

cara mengoreng
1)panaskan minyak masak sedikit
2) masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk hingga naik bau
3)masukkan cili boh, sos cili, sos tiram
4) masukkan air dan ayam
5)masukkan mee hoon dan carrot
6) masukkan garam
7) masukkan sedikit kicap
7) siap dihidang

ada berani mencuba...hehehhe..best tau, dua kali aku tambah, and housemate aku lagi makan..
dorang siap puji best, walaupon agak teragak2 untuk makan..maklum r, aku takda hebat macam dorang masak..hehehe..

Saturday, January 23, 2010

Missing in action

aku kehilangan seutas jam tangan rossi velentino n gelang..where...where..where...
merata tempat aku cari, sehingga tangan luka terkena pisau...
aku betul2 lupa aku letak kat mana...seingat aku last pakai jam tangan
masa pergi mkn malam dengan member2 kelas kat restoran zarina..adalah 2hari lepas..
lepas tu, aku campak jam atas katil aku kot...takpon kat meja study ruang tamu..
tapi kalu aku campak kat meja stdy mesti dah jumpa..tapi kenapa tak jumpa..
cari dalam almari tak jumpa...
arghhhh sakitnya hati...time naklah benda tu takde..tlg..tlg
nak beli jam lain takda duit and banyak kenangan tau jam tu..hasil titik peluh gaji aku..
kepada orang rumah aku, kawan2 yang nampak tolong pulang kat aku jam tangan tu...
huhuhu sedih, kenapa aku ada penyakit lupa ni...

Tuesday, January 19, 2010

along kawen

tanggal 12.12.2009, cousin aku along dan pasanganya kak sal telah melangsungkan perkhawinan
yang gilang gemilang..tahniah along dan kak sal.. semoga kalian bahgia hingga akhir hayat. so along cepat-cepatlah dapatkan anak yea, che tam dah tak sabar nak bermain dengan cucu tu..hehehhe..so sekarang aku sidaikan beberapa keping gambar sepanjang along melangsungkan perkahwinannya di melaka (rumah belah kak sal) dan di pahang( rumah along)..congratz along dan pasangan.
siyes aku tak nanges, tapi mata masuk habuk tau..tapi lps majlis akad nikah tu mmg shaduu gilos..

along & kak sal di melaka kg paya dalam

now pict kat beserah kuantan pahang..nice pict and dress..i like

dari raut wajah terpancar kebahgiaan dorang..congratz yea..

Monday, January 18, 2010

al-fatihah

kenangan terakhir menyambut raya bersama tokki


14.1.2010 genap 3 tahun pemergian tokki aku ke rahmatullah..pejam celik pejam celik dah 3 tahun, aku rasa macam baru lagi.rasa lagi tokki aku masih ada, masih dengar ketawa, marah, suka dia.ya allah aku amat menyayanginya. selalu tolong aku kalu ada kesusahan.
masih igat lagi dia memeluk aku sambil baring di depan tv, selalu garu belakang dia,
makan nasi bersama, selalu marah dia bila merokok. dia bawak aku makan roti canai, dihari pertama aku kerja di syarikatnya.Ya allah sesengguhnya aku amat berterima kasih engkau telah memberi tokki yang sebaik ini, walaupun aku hanya sempat bersamanya selama 20tahun sahaja. semoga allah tempatkan allahyarham hj abdul manaf bin yaacob dikalangan orang yang beriman dan solah serta jauhkanlah seksaan api neraka..aminn
al-fatihah...

Saturday, January 16, 2010

congratz ratna&husband

salam my blog..setelah 3hari aku tak dapat berkomunikasi dengan alam maya ni.
aku kena attend bengkel kat mayangsari resort, dungun. macam-macam dugaan sepanjang di mayangsari.overall boleh aku katakan tak best ke sana. then aku mengalami sakit tekak di mayangsari..face aku panas dengan tetiba..lepas je balik dari mayangsari aku kelam kabut iron baju kurung nak ke kenduri kawen ratna yang jatuh pada hari aku bertolak balik ke umt. lepas selesai kenduri pergi kenduri kawen..aku bertolak balik ke gong badak..tapi g makan sotong celop tepung, keropok, air jagung parut..berkelah tepi pantai..best woo..candid gambar...sangat2 nice..lepas balik rumah, kemas-kemas barang yang balik dari bengkel.mandi-mandi..study sikit..tapi malam tu aku sangat penat.terus tido..campur dengan badan tak sihat.sekarang pon sakit lagi, kepala pening berdenyut-denyut.gagahkan jua untuk buat assignment puan aida.
so layan gambar ratna kawen dengan husbandnya..

Sunday, January 10, 2010

kenangan berumur 16-17

semalam tetiba aku teringat kisah aku and da geng masa sekolah dulu..tambah-tambah masa form4-5.memang nakal,best,happy,gila-gila.
nampak je muka feminin and baik.tapi perangai hampeh..ok sekarang aku kembali mengigati zaman gila-gila dan kenakalan aku
and da geng..ok, aku dari form1-4 asyik tukar sekolah aje..adalah sepanjang form1-4 dekat
4kali gak aku tukar sekolah.maklum r nakal sangat, sampai ma abah aku tak tahu nak buat camne. tapi bukan nakal sampai ada rekod tak baik..


tukar sekolah ni jumpa geng ni, tukar sekolah tu jumpa geng tu..ramai sangat member.kalu member baik2, skema2 takpe gak..ni hampeh..semua masuk air kepala..heheheh..tapi antara sekolah yang paling best sekali,
sekolah smksi2..hehehe..kwn dr kelas depan smpai belakang aku jelajah..hehehe..tak kira laki or perempuan semua aku bedal.
ok form4 aku duk kelas 4sains sosial 2, kelas aku agak unik.tak ramai orang ada dalam 23 orang tak silap..dan lelaki lebih kurang dalam 8-10orang..sekolah campur cina india tapi masalahnya kelas aku,
takda seorang pon cina and india..dah pupus agaknya..heheheh..pagi2 pegi sekolah, tak masuk kelas terus.
lepak kat kelas 4ss3..hehehe duduk atas macam bangsal..lepas bunyi loceng and baca doa baru
r masuk kelas.lucu betul..masuk kelas aku yang malasnya kena cabut kasut.dah himpit2 duduk..maklum r tak cukup kelas..kesian budak kelas aku, pernah duduk bilik tv, makmallah..
gara2 tak cukup kelas..aku igat lagi masa kelas aku kat dalam makmal, tambah2 time exam.meniru habis tapi hampeh gak result..paling bangga masa tu jawab add math dapat 5/100..hehehe kira pandai r..tapi mujur gak spm lulus dengan jayanya jugak..
aku pernah panjat pagar sekolah depan,aku dengan farah tak main r panjat pagar belakang ke tepi ke..depan terus aku baham..hehehe nakal gila.dah pak guard tu pegi kunci pagar..saje je dia..aku dengan farah apa lg..baju sekolah ke tak ambik pusing dah..pahtu petang2 lepas wak stdy group aku dengan farah selalu usyar mulim bdk sekolah sebelah..gara-gara farah minat dia..mulim tu atlet smksi1.yang aku pulak duk usyar alif speck..tulah antara kerja bodoh sekali pernah aku wak..duk usyar2 aliff dapat respon gak..andai boleh putar balik aku taknak benda tu belaku..aku dulu kat sekolah memang aktif sukan..semua sukan kalu boleh nak join..lps tu trs dapat jwtan naib presiden rumah satria..aku wakil maraton ke sekolah cheneh, pah2 sukan penta mssd kat sekolah rantau petronas..memang best..sampai ma abah aku tak larat nak nasihat dah..nak spm aktif lagi sukan.zaman form5 bermula pagi2 makan nasi lemak beli belakang pagar sekolah..selalu suruh farah beli sebab dia mari sekolah awal..aku kebiasaanya selagi tak baca doa selagi tu aku tak muncul dalam kelas..lepas baca doa,cepat2 aku makan nasi lemak..rehat pulak beli kerepok seringgit makan dalam kelas..rajin makan kat kantin..tapi yang geram beli kerepok adalah orang yang nak..terutama yang selalu mintak faisal,sani,apih..macam apa je..pahtu tengahari orang balik sekolah aku makan kat kantin dengan farah,tina..erda jarang join study dengan kitaorang..beselah anak manja,kna kongkong selalu dengan bapak dia.pahtu beli mee sup yang sangat2 best dan pedas..sampai meleleh air mata,hidung..tak boleh lupa farah selalu bawak air tongkat ali..orang baham nescafe dia baham tongkat ali terus..lucu gila..kelas ari sabtu asyik menghitung masa nak rehat..bukan nak belajar sangat..sampai satu tahap kelas aku merudum result jatuh..pahtu semua kena panggil dengan pengetua and guru kaunseling..dia tanya sorang2 kenapa result jadi macam tu..macam2 alasan kami cipta,padahal kami main..pahtu tiap kali cikgu masuk aku cepat2 keluar kelas.buat2 pegi tandaslah, pegi jln2 tanpa tujuan..10minit lepas tu baru masuk..nakal and jahat betul aku..tapi dalam 6bulan lepas tu aku insaf dengan farah,tina,erda..cewah dari duk belakang sekali smpai duk depan papan hitam betul2.nak belajar sungguh2..hehehhe..yelah duk belakang ada 3orang yang sewel kelas aku apih,faisal,sani...skit2 dok skodeng..benda apa yang tengok tau belakang..pah2 suka2..tapi mujur aku and de geng takde buat bukan2 dan dorang takde buat bukan2..aku ni pantang sikit..dengan orang laki boleh aku sound2,gusti terus kalu tak kena..masa ari dekat nak spm, parin scandal farah ajar kami and da geng add math..maklum r dia terer gila add math..kalu dok dapat A memang mustahil r parin.cewah belajar r aku and de geng..lepas semua dapat jwb spm..enjoy r hari terakhir..makan besar kitaorang..pah2 masa2 yang ditunggu ambik result spm..cewah dengan comfidentnya mula2 erda,pah2 aku, farah and tina..tapi memang result aku diluar jangkaan gila2..frust menongeng..nasi dah jadi bubur nak wak camne kam..aku redha je.apply je semua..tak kisahlah..sampai satu tahap member aku cakap kusza mu apply..gile r,nanti kena pakai jubah..mu nak ke..arghh tak kira r, janji aku smbung belajar..tup2 aku dapat poli dengan kusza..tapi parents aku suh g kusza..strtlah aku menjadi budak baik..tapi awal2 masuk kusza dulu rock jugak aku..yelah bukan stail aku alim2, ayu2..hehehehhe..pakai buju kurung kasut sport.tapi before masuk kusza aku dengan erda dapat plkn..aku dpt kat sintok erda dapat kat johor..tapi aku dapat tukar ke dungun..hari2 nangis..nampak je ganas tapi manja gile..yelah 2lah 1st time aku jauh dari family..tapi lepas je 2mggu aku dah ok..enjoy gila..tak tahan tiap2 minggu parents aku melawat..lepas parents aku melawat,tok aku,mak saudara,ayah saudara...gile r..dah melawat ari2 still nangis gak..hahahha..tapi sekarang aku kagum dengan aku and da geng..suatu masa dulu orang cakap budak bodoh..tengok farah buat master, tina dah habis degree, aku dah nak hbs degree, erda dapat juga diploma dan sekarang jd broker kete..walaupun aku and da geng berpecah..ada yg ambik stpm ada yg trs ambik diploma..tapi pape kitaorang tetap berjaya..syabas beta..

Tuesday, January 05, 2010

selamat hari lahir mama

selamat hari lahir mama yang ke 49..
semoga dipanjangkan usia, diberkati dan sentiasa
dilimpahkan rezeki..kasihmu tiada tandingan..

sayang mama..mmmuacchhh