Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 31, 2010

Hepy Besday MyFriend

Selamat Hari Lahir My Friend Mohd Azraie...
Moga-moga terus berjaya dunia dan akhirat..
Dah genap 24 tahun..hihihi..
2 September 2010
So bilanya nak hantar kad kat nia ni..hehehe..
anyway moga-moga sentiasa mendapat keberkatan daripadaNya..
sihat tubuh badan..makan banyak-banyak sikit yea..
nampak sekarang macam dah kurus kering je..


p/s:takpalah kot terwish awal dari masanya..

dania amidala: lalalalalala..hepy besday aie

Friday, August 27, 2010

List kelengkapan diri nak beraya

List dah siap untuk aku raya
1)Baju kurung tema purple dah siap **baju konvo baru ni je, dah pakai sekali..halal r
2)Baju kurung cotton oren and merah dan siap dijahit
3)Jubah pink lembut dah hantar untuk fitting
4)seluar slack purple dan t-shirt kemeja purple **tapi cam nak cari kemeja lain je..sbb yang baru ni beli cam ikot badan sangat..nak cari yang longgar2 sikit.. thanks to my beloved belanja seluar slack and baju
5)duit raya untuk adik-adik, anak buah, cousin-cousin dah suruh abah tukar
6)hadiah raya untuk abah, adik-adik, ma, mak-mak saudara semua dah beres

List nak beli untuk aku raya
1)Tudung purple
2)Sandle
3)Stokin Kaki

nota kaki:Oleh disebabkan tahun ni aku telah menempah baju raya sebanyak 3pasang baju kurung dan satu jubah. So aku berkira-kira tak perlulah aku membeli kemeja or jeans kot. Sejak aku bekerja kat sini, jeans dah jarang pakai, kemeja pom dah jarang pakai. Tak macam zaman study dulu, satu sem kat U dulu boleh bilang dengan jari berapa kali aku pakai baju kurung. Tak tahu kenapa, lebih santai dan selesa berbaju kurung je. Mungkin disebabkan dah matang kot.kekekke.. So aku decide nak beli tiga benda alah tu je.

dania amidala:save money, raya nanti 1st time nak kasi duit raya dan marilah sama-sama kita membayar zakat. Aku tak perlu bayar sebab abah nak bayar. Dia cakap mel masih tanggungjawab abah. alhamdulillah lepas aku..kekekeke

Kesihatan aku

kali ini aku nak post perjalanan hidup aku sepanjang dua bulan tinggal di bumi bandar tasik selatan ini. Sejak dua minggu ini, kesihatan aku sangat tidak baik,merosot jugaklah. Aku asyik gastrik, cepat gelap mata *kemungkinan tekanan darah rendah aku makin menjadi-jadi, malam-malam aku asyik kejang kaki. Sampai kadang-kadang meraung-raung dalam bilik. Sakit masyaAllah bila kejang. tak boleh nak buat apa. Pahtu kan aku perasan baju-baju kurung aku ni makin longgar, aku tak tahu sama ada aku makin mengecil ataupun baju tu makin membesar. Sebabnya, bila pakai je baju kurung dah macam gedabak dan macam jubah pulak. lagi satu bila aku pergi tempah baju-baju kurung aku kat mak cik tu, mengikut ukuran baju asal aku siap kena pergi hantar semula. Besar sangat, bila pakai kain tu siap pusing 90 darjah kot, longgarlah pinggan, baju pulak macam besar sangat-sangat.arghhh tensen aku..makannya banyak je. Aku berharap start nextweek kesihatan aku kembali normal.

Risau jugak sakit-sakit ni, dah jauh dari ma abah, takda orang nak tolong tengokkan. Ada call tapi duk jauh buat apa jugak. Ada hari yang aku patot pergi bank sattle pinjaman kereta aku..fuhh hampir-hampir nak pengsan dekat stesen lrt bandar tasik selatan. Aku dah cuak gila, buat aku jatuh pengsan ada je berbuka kat hospital nanti. Aku pom dah rasa semacam, dengar tak dengar je keadaan sekeliling, pandangan pom dan berpusing macam aku duk dunia yang asing, macam makin gelap. Aku terus gagahkan diri pergi ke toilet **dalam hati memang motivate diri, bagi semangat suh kuatkan diri, bertahan..sampai betul-betul kat pintu toilet, pandangan aku dah gelap, lemah. Aku terus berpaut pada pintu toilet, rehat sekejap. Lepas tu basuh muka, rehat sekejap. Muka time tu tengok kat cermin dah macam mayat hidup je. Pucat lesi, lepas basuh-basuh muka barulah gerak ke tempat menunggu bus or teksi untuk balik. Tapi time tu cukup-cukup tak larat, badan dah seram sejuk. Alhamdulillah tetiba bus datang, aku cepat-cepat naik bus untuk balik. Mujur tak sampai 5minit dah sampai rumah aku. balik-balik terus baring dan tido sampai nak berbuka. Memang tak larat sangat-sangat. Tah napa tau sakit aku, sampai sekarang aku tak bagitau kat abah and ma takot dorang risau, walau hari-hari dorang call. Susah jugak aku ni duk sorang-sorang takda orang jaga. Tambah kesihatan tak begitu baik. ishh kena cari kerja kat kampung jugak ni nanti, takpom kawen cepat-cepat. Arghhh aku tak cukup bersedia lagi nak kawen. Harap korang mengerti yea, bukan taknak kawen. Tapi tak boleh aku menipu diri, kawen dengan orang yang bukan aku cintai. Seumur hidup tu tanggung. Aku nak biarlah kawen sekali seumur hidup, bahgia. Ni kawen tak bahgia, tak best jugak. Macam aku berikan fizikal je tapi buka dengan jiwa aku. Aku tak nak husband aku rasa macam tu. Tambah derita adalah, baik hidup bujang.

kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

sumber:dari facebook Sebutir Mutiara Seindah Wanita

nota kaki: marilah sama-sama kita merenungnya supaya aku dan sahabat-sahabat di luar sana terus tabah.kita semua milik Allah, Allah boleh menolak balikkan hati kita bila-bila masa sebab kita semua adalah milik Allah. Be Strong..

dania amidala:aku sangat blur dan sakit sangat.

Thursday, August 19, 2010

Wahai Sahabatku dan Diriku Yang Kecewa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

sumber :copy dari i luvislam.com

dania amidala:ya Allah betapa kerdil dan jahilnya aku..kau tetapkanlah hatiku untuk terus mencintaimu ya Allah. sesungguhnya aku adalah milikmu ya Allah.

Mari Belajar Memasak


AYAM MASAK HALIA


bahan:

ayam
kunyit
halia
bawang merah
sos tiram
kicap
garam
air
minyak
lada hidup
bawang putih

cara:

1)gaul ayam bersama kunyit dan goreng ayam dulu.
2)letakkan sedikit minyak, bawang putih dan bawang merah, halia yang dihiris halus, sehingga naik bau.
3)masukkan sos tiram, kicap dan air sehingga mendidih
4)masukkan sedikit garam dan letakkan ayam yang digoreng dengan kunyit tadi.
5)setelah itu masukkan lada hidup yang dipotong serong dan kuah agak sedikit pekat
6)sedia untuk dihidang


POTATO BILIS TELUR SIMPLE

bahan:

1 biji telur
ubi kentang
bawang besar
lada hidup
garam
gula
minyak
ikan bilis

cara-cara:

Part A

1)goreng telur dan semasa goreng terus dihancurkan telur itu, selepas itu angkat telur yang dimasak.
2)goreng ubi kentang yang dipotong bulat.

3)goreng ikan bilis **xnak letak ikan bilis pom tak per

Part B

1)masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar (dihiris bulat) dan lada hidup (dihiris bulat)
2)masukkan gula dan garam sedikit
3)masukkan telur goreng yang dicincang serta ubi kentang yang digoreng tadi dan goreng sehingga sebati.
4)sedia untuk dihidang.


nota kaki:resepi kedua tiada picture untuk ditunjuk kerana ini adalah resepi puan sri farah..simple but delicious


dania amidala:dibulan puasa, tema blog aku kali ini lebih kepada makanan..selamat mencuba

Syukur padaNya

alhamdulillah, akhirnya selesai satu step tunggu step yang terakhir,
penentu segalanya dalam hidupku, masa depanku..
dan ketika ini kehidupanku baru bermula,
baru create untuk menjadi lebih baik, lebih dewasa..
syukur alhamdulillah allah permudahkan jalanku..
ibu bapa, keluarga pun macam gembira, excited
dimana ibubapaku gembira, disitulah aku turut gembira
aku bersyukur dengan segala apa yang telah engkau kurniakan kepadaku.
aku percaya setiap yang telah engkau berikan, aturkan kepadaku
adalah yang paling terbaik untuk aku.


dania amidala:saya harap saya dapat memberi kegembiraan, kesenangan, kebahgiaan kepada family.Ya Allah peliharalah aku supaya menjadi anak yang solehah, mendengar kata, menjaga batas yang disyariatkan..

Tuesday, August 17, 2010

kuatkanlah semangat mel

ya allah kau kuatkanlah semangat diriku ini untuk terus berjuang.
kau jauhilah aku dari terus merunggut setiap dugaanmu ini,
kau tabahkanlah, kuatkanlah hatiku ini ya allah,
sesungguhnya aku adalah insan yang paling lemah dan kerdil,
kau kuatkanlah semangatku ini, tabahkanlah diriku ini,
hikmah apa yang cuba engkau sembunyikan dan ingin memberitahu kepadaku ini ya allah.
aku sangat sakit ya allah, aku sungguh tidak berdaya untuk terus berjuang ya allah..
aku lemah ya allah..
kau tiupkanlah semangat, ketabahan kepadaku ini ya allah

dania amidala:sangat-sangat down

Mee Calong

bahan untuk sos
-sos cili
-sos tomato
-lada hidup
-cili
-air

cara-cara buat sos
1)blande kesemua bahan untuk sos

bahan untuk kuah mee calong
-ikan bilis
-air
-garam
-gula
-bawang merah
-bawang putih
-bebola ikan
-tauhu kering
-minyak
-air
-daun sup
-daun bawang
-kulit kayu manis
-bunga seangkatan dengan kulit kayu manis tuh **lupa nama apa bunga tu

cara-cara untuk buah kuah mee calong
1)blend ikan bilis, bawang merah dan bawang putih bersama sedikit sahaja air
2)masukkan minyak dan bahan yang diblend pada step 1
3)setelah bahan yang ditumis naik bau, kulit kayu manis, bunga yg seangkatan dengan kulit kayu manis tu
4)masukkan air, tunggu hingga mendidih dan masukkan garam,gula, bebola ikan, tauhu kering
5)setelah masak kuah mee calong masukkan daun sup dan daun bawang
6)sedia untuk dihidang

pesanan:
1)so letakkan mee kuning atau mee hoon halus didalam pinggan bersama kuah mee calong dan sos mee calong..sedia untuk menikmati.
2)kalu nak sedap lagi boleh dimakan dengan kicap manis.
3)nak lagi sedap tambahkan tulang ayam semasa masak kuah mee calong

dania amidala:menu utama apabila open house dirumahku setiap tahun..sedappp

resepi buat sahabat diperantauan 2

tumis sayur

bahan:
sayur
garam
minyak
bawang putih
bawang merah
bebola ikan
air

cara-cara:
1)kalu nak cepat beli siap bebola ikan tp kalu bt lagi best..
-ikan yg biasa org bt kerepok tu **almaklum aku ni tak kenal nama ikan, tau rupa je.
- ambik isi ikan, dan blend isi ikan tersebut
- letakkan sedikit garam
- dan bolehlah gaul hingga sebati lepas tu rebus bebola yang telah dibulat kecikkan
2)masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris halus
3)masukkan air
4)masukkan sayur yang telah dipotong
5)masukkan bebola ikan yang dibuat pada step 1
6)masukkan garam dan sedia untuk dihidang

sayur goreng bersama sos tiram


bahan-bahan:
sayur
sos tiram
bawang putih
bawang besar
minyak

cara-cara
1)masukkan minyak dan goreng bawang putih yang dihiris halus serta bawang besar yang dipotong bulat
2)masukkan sayur dan sos tiram
3)sedia untuk dihidang

sayur goreng telur

bahan
sayur
minyak
bawang besar
sos tiram
minyak
telur

cara-cara
1)masukkan minyak dan bawang besar yang dipotong bulat
2)masukkan telur, setelah masak telur
3)masukkan sayur dan sos tiram
4)sedia untuk dihidang

dania amidala:selamat mencuba

Thursday, August 12, 2010

stress yang melampau


arggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sssstreeeeeeeeeenya akuuuuuuuuuuuuu...aku punya taip panjang-panjang boleh hilang..cinonet betul r..ni nak suruh aku menyumpah r ni....bagi kurang pahala pose, arggghhhhhhhhh..dah menghadap coding yang tah apa-apa..kena buka situ, kena buka sini..kena tilik situ,tilik sini, kena tambah situ..tak pernah habis task..baru nak releks bertimbun-timbun task aku dapat lepas balik dari penjara..kurang asam betul...igat ke satu dua je..ni beribu-ribu lemon dah..sampai aku tak tahu nak sentuh yang mana satu..tolonglah bagi satu-satu senang aku nak fokus..ni sekali bagi ambik kau...aku dah naik juling mata tengok coding, lama-lama boleh tambah kanta pembesar aku ni. nak tilik kau satu-satu..buat cepat-cepat dari masa salah buat lewat salah...memang camne akan dapat jugak task..buat cepat dapat task baru lagi dengan cepat, buat lambat akan dapat jugak task baru...tak macam study...arrggghhhhh, bulan-bulan puasa ni menguji kesabaran aku betul...aku marah ni, bukan suka-suka dah..anginn betul aku pagi tadi..orang dah buat sudah r..dah senyap r..g main jauh-jauh..lepas tampal yang ni, yang tu pulak nak suh baiki..arggghhhhhh...ANGINNNNNYAAA aku hari ni...ikot akulah, nak buat camne coding janji jadi and siap pada masanya...arggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...lagi aku angin, balik kije nanti takda tiket bus ke melaka..siap r..aku belasah semua orang yang ada kat bukit jalil tuh..tengokkkk r....pahtu nak tunggu train kena berhimpit-himpit..tekangggg aku...kalu bau wangi takpa jugak, ni macam benda bau, masam ada hangit ada, mcm-mcm bau sudah..dan yang rasa-rasa nak gatal-gatal tu dalam train tengah orang macam sardin..awasss yea...tau r nasib, aku belasah 40kali tanpa henti kamu...biar berterabur semua gigi kamu..


resepi buat sahabat diperantauan

resepi ni ditujukan khas buat sahabat aku yg berada diperantauan..moga2 dapat membantu..sedapnya tak tahu..nilah resepi yang aku biasa buat duk kat rumah, walau tak seterer beliau dalam masakan..ngeee

masak ikan/telur/ayam masam manis

bahan-bahan:
ikan/ayam/telur
cili boh/cili kisar
bawang putih
bawang besar
sos cili
sos tomato
garam
gula
air
minyak masak
**nak tambah sedap tambah daun limau purut

cara-cara:
1) goreng dahulu ikan/ayam/telur sehingga masak
2)panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang diketuk atau dicincang halus sehingga naik bau
3)masukkan cili boh/cili kisar dan tumis sekejap
4)masukkan sos cili,sos tomato dan air, kacau sehingga sebati dan pekat
5)masukkan sedikit garam,gula dan daun limau purut jika ada
6)masukkan bawang besar yang dihiris bulat-bulat
7) sedia untuk diletakkan kuah diatas ikan/telur/ayam yang dimasak tadi
8)masa untuk menikmati


makaroni mayonis

bahan-bahan:
makaroni
mayonis
serbuk lada hitam
sayur seperti tomato, lobak merah, dan sayur-sayur lain yang disukai dipotong dadu
lada hidup dipotong halus
garam

cara-cara:
1)rebus makaroni sehingga lembut
2)toskan makaroni dan letakkan di dalam satu bekas
3)masukkan sayur-sayur yang dipotong, lada hidup dan mayonis. gaul sehingga sebati
4)masukkan serbuk lada dan garam. gaul sehingga sebati
5)masa untuk menikmati. lagi sedap makan sekali dengan sos cili.

dania amidala:resepi lain berserta gambar resepi akan diupload dari semasa ke semasa..line mcm siput nak upload picture..selamat mencuba

Monday, August 09, 2010

selamat menyambut ramadhan

masa aku tengah search2 kat abang google ni terjumpalah picture ni..so cute..isyarat mengigati diri ini sebagai umat islam..tujuan asalnya aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak ini..hah ni puan seri nak berucap betul-betul ni..
"kepada semua umat islam diseluruh dunia ini
selamat menyambut bulan ramdhan al-mubarak
semoga kita semua beroleh keberkatan daripadaNya
insyaallah...
marilah semua kita mengumpul pahala dibulan yang mulia ini"
puan seri harap bulan ramadhan tahun ini,
puan seri akan cuba bangun untuk sahur walau
hanya makan kurma dan minum air je..
bukan apa puan seri tak boleh nak sahur nanti jadi makin tak larat.
ini bukan cubaan tapi betul-betul puan seri cakap.
lagi satu puan seri akan cuba berpuasa penuh selama sebulan
walau memang terang lagi bersuluh hanya 3 minggu je dapat puasa..ngee
dan nak terawih penuh dan diikuti dengan solat-solat sunat ditengah malam..
harap puan seri berjaya lakukan..insyallah..


dania amidala: semoga segala cita-cita, impian dan hajatku berjaya diperolehi..

Wednesday, August 04, 2010

kete oh kete

pagi tadi before pergi kije asalnya mummy aku msg je aku..tanya msg tak dengan nasir..aduhh..tak ada soalan lain setiap kali msg or call..aku pom msg cakap tak..kihkihkih..terus mummy aku call..dah agak dah kalu tu jawapan aku kasi, apa lagi nak kena tazkirah ugama r tu..dah masak dah telinga aku kali ni kalu jujur sangat..jadi pot pet pot pet sekejap..aku pom buat-buat tanya mummy aku, dah dia camne, sihat tak..*ambik hati katakan supaya tak kena marah lagi..aku pom dengan sengaja mengubah topik supaya tak kena tazkirah panjang lebar..aku cakap nak balik weekend ni, nak celebrate besday aqeel..mummy aku pom cakap tak yah balik r, pergi rumah che da weekend ni..ajak ayah da pergi survey kete..sebab balik kampung nak beli kat sini proses dia lama jugak tuh..makan masa..baik beli je kat kl..sudah survey dengan kawan ayah da bagitau mummy..kawan ayah da tu boleh buat cepat sikit dalam masa 1-2week dah dapat kete, kalu kemaman sebulan dua jugak tu..tapi aku tak tahu nak ambik kete apa..**uwaaa dalam hati dah sedih, tak dapat balik kg..tengok kete mana yang sesuai..aku dah cakap budjet aku nak kete bulan-bulan bayar 500 je..lebih tak nak..banyak lagi nak simpan duit, nak raya lagi, nak bagi kat mummy n abah lagi,nak simpan untuk akan datang lagi dan nak ehemm2..lagipom perempuan bukan lasak sangat guna, hbs2 aku drive laju jek..bukan suka modified kete macam abang aku..kete apalah yang akan aku pinang nanti..sebab impian aku tu takkan dapat lagi setelah mendapat nasihat pakar..dia cakap rugi je, jangan buat keputusan ikot nafsu, ikot keinginan..huhuu..harap misi aku weekend ni berjaya survey kete..dan dapat tawan hatiku yang keras walaupun ketika ini hatiku berada pada yang asal dulu..sebab tu kot tak semangat sangat nak survey or beli..sebab aku tak berjaya lagi memilikinya..tulah padah kalu semua hajat yang sebelum ini sentiasa dapat je, mudah sangat perolehi, bila tak dapat rsa tak puas, rasa tak bahgia, rasa yang amat kecewa..

dania amidala:mood homesick..

balik kampung atau tidak

nak balik kampung or tak nak..saya nak balik kampung je rasa..nanti bulan pose dah tak sempat nak balik kampung..dah rindu-rindu..huhuhu..dah dorang wak besday party kat aqeel..nak join..mesti meriah ni, penuh jemput orang nih..saya amat-amat percaya mesti best besday party..sebab before ni tak pernah mengecewakan..makanan lazat-lazat berkrim tu..dengar-dengar makanan ditempah dari che ani..ofcourselah best..ada ramai sponsor..besttt..nak balik, tapi tiket tak beli lagi..huhuhu..rasa nak pergi koboi camtu je habis kije jumaat nanti..tak kira r..harap sangat-sangat adalah tiket tu..saya sudah rindu pada kampung halaman..tolonglah berilah kesempatan pada saya..semalam pom my mum call suh balik. rindu tuh kat anak comel dia sorang nih..hihihihi..mel pom rindu pada ma..uwaaaaaa nak balik, nak balik kampung..patotkah saya balik kampung????tanya hati ya anda patot balik kampung, tapi tanya dengan tidak bernafsu, anda tidak patot balik kampung..sebabnya anda baru balik kampung kedua anda dan 2week lepas baru balik kampung..arghhhh tertekannya saya..

dania amidala : homesick rumahku, familyku, kampungku, sanak saudaraku

Monday, August 02, 2010

hajatku tercapai dalam masa yg singkat

weekend lepas aku telah menghabiskan masa yang begitu bermanfaat dan sangat bahgia..semua hajat ku dapat ditunaikan dalam masa dua hari..terima kasih allah kerana memberi peluang kepadaku hajat-hajat yang aku nak..

pertama: setelah sebulan berulang alik ke kajang, aku memang teringin nak makan sate kajang yang femes tu..tapi aku tak kenal tempat..so pada malam pukul 11.30malam aku berkesempatan merasa sate kajang..thanks to Mrozilah kerana membelanjakanku sate kajang dan menghantar ku pulang ke tasik height apartment..walau dalam hati, hatiku sangat memberontak tidak mahu pulang ke sana..huhuhu



kedua: setelah beberapa bulan..dalam 2bulan kot..adik-adik aku, mak sedara aku, cousin2 aku duk cakap novel andai itu takdirnya..novel paling best..setiap helai baca akan menangis punyalah..aku pom teringinlah nak baca novel tu..yang sampai org cakap best sgt..so aku g melaka rumah sucah..tengok2 sucah ada novel tu, apa lg..aku pom bacalah puas2..perhhh mmg terbaik r..sampai sakit kepala2 aku duk baca, menangis teresak-esak siap kuar suara tuh..pah2 megantok siap tersenggup2 baca tp tetap baca jugak..bangun tido sambung trs baca novel..xpeduli langsung pasal makan..mata jangan cakap r dah bengkak..aku tido 4jam tu pom siap masuk dalam mimpi tuh..dasyatnya..hahhaha...aku bagi 5star novel ni..berjaya membuat aku menangis dan nak baca n baca lagi..


ketiga:akhirnya dapat jugak jumpa my lovely cousin..muhammad aqeel ryan..dapat main dengan dia..dapat geletek dia, dapat main cakkk2 dengan dia, dapat kejar2 dengan dia..so sweet...rindunya kat aqeel nih..asyik duk ka...kak...ka...kak jek..asal nampak awek nak ngorat...hahhaha


keempat: dapat shopping baju kemeja yang menjadi kegilaan aku jenama nicole tuh..aku ni memang hantu kemeja..sbb memang dah niat dapat gaji nanti aku nak beli baju kemeja..so akhirnya tercapai jua...

terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan segala hajat aku..sekarang hajatku nak beli kereta dan jumpa seseorang yang dapat membuka pintu hatiku untuk aku dan dia menyayangi seikhlas hati, jaga dan didik aku sebaik-baiknya serta memberikan aku kebahgiaan hingga akhir hayat dunia dan akhirat..harap dipermudahkanlah, dimurahkan rezeki dan impianku semua tercapai..aku redha semuanya diatas takdirmu ya Allah..

dania amidala:ngatok+sakit pinggan+sakit dada=asyik mandi lewat mlm dan tido xberkatil..huhuh

Hati Yang Terluka - Broery Marantika




Kan kucari jalan yang sunyi
Untuk menghindar diri darimu
Kuberjanji di dalam hati
Takkan lagi ku menjumpaimu

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku

Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku
Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci

p/s:1st time dengar lagu ni kat radio swasta yg setiap pagi akan ku dengar untuk mengisi masa sepanjang perjalanan ke tempat kije...so sweet lagu ni..nak kata kena mengena dengan diri aku tak jugak..tapi memang best bila didengar..

dania amidala:sakit pinggang belah kanan, xtau kenapa..seksanya..xleh nak bt apa2 pom