Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, December 31, 2010

Azam 2011

Sekarang kita dah nak sampai ke penghujung tahun lagi berapa hari dan akan melangkah ke tahun baru. Adakah azam tahun 2010 aku tercapai???


Recall balik apa azam tahun 2010 :

1) Nak dapatkan result cemerlang masa degree dan merasai Dean List - Success
2) Nak jadi anak yang solehah, mendengar kata, caring pada family - 60-40
2) Nak beli kete Vios - Terpesong kete lain tapi beli juga kete
3) Nak belanja nenda, mum, dad, mak-mak sdara merasai 1st gaji aku - Success
4) Tunang = Failed
5) Dslr = progress 30% menabung
6) New Hp = No progrees again

Antara azam dan sedikit impian yang aku inginkan sepanjang tahun 2010. Ada yang terlaksana dengan jaya dan ada yang tak terlaksana. Tapi apa-apa dania telah cuba yang terbaik untuk my life dan my family. Dania cuba gapaikan bulan yang tinggi tapi ada yang tersasar dengan mengapai bintang. Dengan itu, dania cuba menanam azam baru untuk tahun 2011 pulak. Insyallah semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan dan impian dania ini.

Azam dan impian 2011 :

1) Menjadi anak, kakak dan cucu yang baik kepada nenda, adik-adik, anak buah, sedara, family dan jd girl baik kepada Mr.Sayang
2) Buang sifat negetif seperti ego, keras kepala, mogok dan sensitif
3) Beli rumah
4) Beli Dslr + Hp
5) Dekatkan dengan ilmu agama, pergi masjid dan jangan terlalu lalai dengan hal dunia.

Dania amidala : Selamat tahun baru buat semua human di dunia ini. Moga kita lebih berjaya dunia dan akhirat lagi dengan tahun 2011.

Wednesday, December 29, 2010

OMG Beratku.....

gambar sekadar hiasan yang diceduk dr pakcik google

Kelmarin aku dengan senang hati pergi ke bahagian HR untuk hantar sumthing kat kak mazia. Dah alang-alang datang situ, terpacak timbang berat, aku dengan senang hatinya timbang berat badanku. OMG, adakah benar itu aku. Tak terkata aku, lepas tu terus tak nak naik kali kedua dekat timbang berat tu. Macam bukan aku ja. Dulu aku takot nak naik timbang berat sebab makin berkurang berat, sekarang aku sangat-sangat takot naik sebab makin naik. hahahhahaha. Patotlah sebelum ni rasa agak pelik, kenapa semua baju atau suar aku yang sebelum ni makin mengecil.T_T.

So dengan semangatnya aku nak dietlah kononnya. Kononnya berjayalah sangat sampai datang penyakit gastrik aku. Perut dah tak ori, ada hati nak diet konon. Hye dania...dania..macam-macam hal kamo. So pagi tu aku hanya minum susu segelas dengan dua keping roti, tengahari tak makan tapi malamnya pergi balun nasi goreng daging merah dengan air tembikai sambil teman Mr.Sayang tengok bola ni salah Mr.Sayang ajak kuar, tdk aku dah berjaya diet.Kuar dengan dia mesti kena makan banyak.T_T. Budjetlah kan, nak diet konon. Lepas ni, misi aku masih tetap sama nak DIET!!!!!.Salah satu kelemahan badan aku ni, cepat turun dan cepat naik tapi nak maintain berat tu susah.

Team Malaysia yang diceduk dari pakcik google

Lastly, aku nak ucap syabas dan tahniah kepada team bola Malaysia yang telah menewaskan Indonesia walau pusingan kedua ini Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia tapi pusingan pertama Malaysia menang 3-0 yang diadakan di stadium bukit jalil dan sekaligus Malaysia menang dengan agregat 4-2. Dania berbangga dengan kamO semua. Syabas, buat pertama kali Malaysia dapat merangkul Piala Suzuki AFF. Cayalah, tak sia-sia aku kuar pergi tengok kat kedai makan walau agak gelap screen dia.ngeee..

Dania amidala : Malam ni nak pergi ukm ambik cik fara,nak countdown bersama cik herda dan cik fara 31/12/2010. Sorry myMom mel tak dapat nak balik kampung walau tiap-tiap hari pujuk dan goda suh balik kemaman. Rindu sebenarnya nak balik kemaman tapi dah janji dengan dorang. Next time yea Ma, kan minggu lepas baru ja jumpa dan lepak-lepak kat ampang. Pahtu minggu sebelum Ma, Abah dan adik-adik datang kl, 2 minggu berturut-turut mel balik kemaman. Siyes rasa bersalah tak balik walau berkali-kali Ma pujuk suh balik kemaman.

Monday, December 27, 2010

I Wish Happy Birthday To Me




Tanggal 27-12-2010 genaplah usia dania yang Ke-24. Dah tua dania rupanya, tapi peragai tetap macam budak-budak. Kena marah sokmo, selalu tak fikir panjang dan kesannya. Selalu kena tegur. Dania berdoa semoga cita-cita dan impian dania akan tercapai, menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
thanks kepada semua family, sedara mara, Mr.Sayang dan kawan-kawan
yang wish birthday kat dania.

p/s:kepada adikku Wan Siti Mariam aka Uiyhhsz Yunk ..mel nak kek cheese seperti yang dijanjikan..Tak kira, beli yang baru. Biar lambat mel balik kampung, kek tetap dilaksanakan. Tak da sebarang alasan tau!!!

Hajatku : Dapat kije kat terengganu or kemaman,
Dapat jadi anak dan kakak yang solehah,
Dapat beli rumah,
Bersama Mr.Sayang forever


Dania amidala : Cik Fara kena tunaikan janji kepada dania amidala dengan cik herda. Tak kira macam mana sekali pom. Dania rela cancelkan cuti weekend depan untuk tidak pulang ke kemaman walau berkali-kali telah disuruh, digoda untuk balik ke kemaman.

Thursday, December 23, 2010

Senggugut

Entry kali ni aku nak bercakap tentang senggugut iaitu sakitnya apabila tiba musim perempuan datang bulan. Ni sesuai untuk kaum wanita dan bagi kaum lelaki nak tau info dan ilmu tentang senggugut sila baca. Sengugut ni memang sahabat setia wanita pada setiap bulan. Tapi ada jugak wanita yang tak merasai senggugut.

Senggugut yang paling teruk aku kena masa form 5 wartu perhimpunan. Memang kaww-kaww r.. Siap pengsan dan muntah-muntah. Dari elok duk dengar tazkirah dari pengetua, last-last terasa seram sejuk dengan berpeluh-peluh dan makin lama aku dengar sayup-sayup suara. Lepas tu ting tong teruslah..Gelap dunia. Aku jugak nak ucap terima kasih dekat nenda aku, setiap kali aku datang senggugut nendalah yang akan urut perut, kaki, belakang badan aku. Pakaikan stokin, selimutkan aku. Time tu memang takda istilah geli dah. Memang nikmatlah nenda urut. Thanks nenda..

Ok mari aku list kat korang camne rasanya sakit dan nikmatnya senggugut ini:

1)Sakit pinggang belakang badan macam tegang urat-urat belakang yang seperti tak baring selama sebulan.
2)Lenguh dan sengal-sengal kaki dari hujung kaki sampai ke pinggang. Sampai satu tahap rasa nak cabut je kaki, pinggang, perut dan segala anggota letak kat tepi.
3)Perut rasa macam keras je, Macam perut seperti ditekan-tekan
4)Nak makan tak boleh, nak minum tak boleh
5)Nak berdiri tak boleh, nak duduk tak boleh, nak baring tak boleh, nak buat macam-macam tak kena
6) Sejuk kaki-kaki, pucat muka-muka
7)Sakit perut macam terkena buasir, rasa nak buang air besar tapi sebenarnya tak
8)Rasa loya-loya dan muntah-muntah

Hah, dah dapat feel camne sakitnya senggugut.. wahai lelaki yang takkan pernah merasai kesakitan ini?

Antara tips yang pernah aku amalkan semasa datangnya senggugut:

1) Sapu ubat macam Minyak Cap Kapak, Balm or minyak panaslah. Time tu bau ubat adalah yang paling lega. Ibarat macam perfumelah untuk 1st dan second day period.
2)Minum air panas bergelas-gelas sebab baru rasa macam lega sedikit. Lagi elok amalkan air panas je, jangan minum air sejuk time tak datang senggugut or time normal.
3)Tido walau sebenarnya tak boleh nak tido sangat. Sambil urut perut sambil baring, lama-lama
kita akan jadi lali atau tertido secara tak sengaja.
4)Duduk dengan macam-macam gaya mencakung, bersujud, dan ikotlah apa-apa gaya janji tak sakit perut
5)Bila baring letak bantal belakang pinggang. Sebab kenapa, masa tu pinggang agak tegang jadi bila letak bantal agak kurang sedikit.
6)Telan panadol tapi jangan amalkan sebab takot effect lain. Tapi bila telan panadol compirm memang hilanglah senggugut tu.
7)Yang terakhir orang cakap kahwin. Sebab bila kahwin akan hilang senggugut. Part ni aku tak tau sebab tak merasai lagi, ni orang-orang tualah cakap.

P/s:Bagi kaum lelaki yang mempunyai isteri / kekasih / adik perempuan silalah beri kasih sayang, perhatian dan support pada kaum perempuan. Kerana time tu perempuan agak sensitif, agak moody, cepat naik darah. Walau time tu kaum lelaki tak boleh nak buat apa sebenarnya tapi bagilah support.

Dania amidala:Nak pergi dekat ma, abah dan adik-adik dekat ampang dan bawak dorang pergi jalan-jalan

Tuesday, December 21, 2010

Goal + Movie

Malas betul-betul nak menulis blog sekarang. Siyes, mood yang sangat sibuk sekarang. Nak on9 facebook pom tak sempat. Tambah-tambah sejak aku ni tak sihat, memang keadaan aku agak tak terurus. Aku nak highlight goal yang aku nak capai buat masa terdekat ni.

1)Hp
2)Novel Hamparan kasih by amy batrisya

Satu lagi nak kongsi, baru ni aku tengok movie tron legacy dengan hantu kak limah balik rumah. Bak kata Mr.Sayang, nilah orang tamak tengok movie. Sekali tengok movie sampai dua dalam masa tak sampai setengah hari. I Like cite tron tu, memang bijak motor dorang dengan time lawan dengan cakera tu. Mari akal buat cite, manusia boleh masuk dalam program. Hantu kak limah pom best sebabnya memang lawak giloss. Sakit perut-perut duk suka dengan Mr.Sayang. Kiranya kalu korang nak pergi tengok cite tu memang berbaloi-baloilah.

dania amidala : Ngatokkk. ngatookk, ngatokkk tapi nak makan roti canai cheese

Thursday, December 16, 2010

Diet oh diet

hah entry kali ni dania nak berkongsi tip diet. Tip diet ni untuk dania dan naim terutamanya dan sapa-sapa yang rasa nak diet. Okiesss. Bukan apa sejak dua mejak ni, aduhaiii rasa macam gemuk ja. Dah ada naim yang sekepala, selalu ajak jalan-jalan cari makan. Tapi yang penting sekali ada Mr.Sayang yang selalu bawak dania g makan-makan. Order bukan main banyak lagi, last-last nak taknak terpaksa dania habiskan jugak. Dah terasa kebuncitan perut, rasa dah ada spare tayar dengan lebihan lemak-lemak dan paling penting rasa macam berat ja. Paling ketara suar yang dania selalu pakai tu, memang kena pakai belt tup-tup tak payah pakai beb. Memang sedang molek bila pakai, takyah nak risau suar tu akan terlondeh. Tidakkkkk. Berat dania pom dah naik, memang nak chubby ni. Nilah masalah dania cepat sangat naik dan cepat turun. Dari sehari ke sehari dania nak diet tapi asyik tak jadi ja. So jom kita amalkan tips ni, dan diharap semangat naim pom sama. Tidak mengoda dania hari-hari ajak makan.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa.

sumber tips berdiet:http://pakarhowto.com/tips/tips-diet-untuk-kuruskan-badan.html

dania amidala:mendapat dua berita gembira iaitu kak sal my cousin selamat deliver new born baby hari ni dan about future mylife. **winkkkk....Dania akan pulang ke kampung halaman hari ni lepas balik kije. yahoooo

Wednesday, December 15, 2010

Sony Ericsson

Hah, ni merupakan hp yang aku duk pakai sekarang yang warna merah pink tu. Why, tetiba aku cakap pasal ni. Hp sony aku ni sebenarnya duk meragam, maybe petanda nak suh cik dania amidala mengantikan hp baru sebabnya tahap perkhidmatannya dah terlalu uzur. Tapi aku cukup tak puas hati, masalahnya hp sony ni, elok lagi bernyawa, boleh dengar lagu, boleh ambik picture. That whylah aku sayang nak gantikan yang baru sebab aku dah suka dengan hp ni, senang nak mesej. tengah drive pom tak yah nak tengok masa type mesej boleh drive tau. **sila jangan ikot contoh dania amidala. Ok, problem hp sony aku ni adalah bila ja masuk rumah aku, kiranya masuk ja dalam gate tasik height apartment tu terus ja tak boleh nak call, tak boleh nak mesej or even orang luar pom sama nak call or mesej aku pom tak boleh. Macam aku off hp aku ni, padahal takda pom aku off hp. Tengok pada hp sony aku, line celcom, 3G makkkk oiiii penuh tau..siyes tak tipu. Dengan masalah itu, dania amidala dengan tidak semena-mena selalu kena marah dan membuat ketensenan kepada si pemanggil. Lagi dania hangin, dania pakai celcom kan, nak kata celcom tak da line tak logiklah sebab housemate dania amidala ni pakai celcom elok-elok ja duk call or mesej. Dania siap pergi celcom center lagi tau, buat report then ganti dengan simcard baru lagi. Tapi tetap sama problem, orang celcom cakap kalu tukar simcard tetap macam tu, maknanya hp sony aku rosak.sedih..sedih

Jadi dengan itu dania amidala tengah duk survey2 hp lain. Dania nak cari first priority adalah boleh call dan mesej. Lepas tu, boleh gps , camera dan video call. Lain-lain tak perlu sangat dah. Macam nak beli nokia 5800 XpressMusic atau Samsung A817 Solstice II. Tapi compare dengan price dania beli nokia 5800 XpressMusic kot. Semua yang dania nak, dah ada dalam nokia 5800 XpressMusic. Ok kita tunggu bulan 1 nanti atau akhir tahun ni 27 or 28/12 time dapat gaji akan ku beli hp itu. Harap nokia 5800 XpressMusic dapat memberi khidmat yang terbaik buat dania amidala

dania amidala : mencari-cari hp..penat duk on-off hp

Monday, December 13, 2010

Episod rushing balik kemaman

Balik ke kampung halaman last week hari tu, memang tak cukup giler rehat. That why aku boleh penyakit 3 serangkai iaitu demam, selsema dan sakit tekak. Dengan tidak semena-mena aku pom dapat mc sehari iaitu isnin. Tak larat sangat-sangat nak bangun, berat gile kepala. Around pukul 12 tenghari baru call my mom sekejap sebab tengok msg yang orang call tapi hp aku tak da line. Angin betul hp aku, rosak ke apa tah. Selalu tak da line. Nak call orang pom susah.

Aku sampai rumah kl pukul 2.30pagi tu pom aku behenti kat R&R temerloh, behenti untuk tido sekejap sebab aku betul-betul tak larat nak drive. Nak kasi kat nor dengan naim drive, dorang tak pernah drive kat hway ni. Dah balik kemaman, ma aku cakap "balik macam kena kejar dengan harimau ja". Dah jumaat malam tu sampai pukul12 tengah malam, pukul10 pagi drive pergi wedding qb kat terengganu. Sampai rumah aku dekat magrib, mandi2 solat dan kuar pergi makan-makan dengan Mr.Sayang lepas pergi tengok abang. Lepas tu, ahad pukul 11 pagi pergi town kemaman, bawak naim dengan nor jalan-jalan. Lepak dan sembang-sembang dengan tok, main dengan aqeel ryan sampai pukul4 petang. Balik rumah, kemas-kemas barang. Pukul 6.30 gerak balik ke kl.

dania amidala : keadaan badan yang terlampau sangat tidak larat, sakit tekak.

Thursday, December 09, 2010

Pengumuman!!!

Pengumuman dari queen dania amidala :

"Adalah sukacitanya beta ingin memaklumkan bahawasanya lepas magrib nanti beta akan pulang ke kampung halaman"

p/s:tak sabar nak main dengan dany dan melihat mia dan aqeel gaduh berebut mainan..hohohohoo

dania amidala:mood yang sangat tidak best sekarang ni, dalam keadaan serba salah. Duduk ditengah-tengah. Nak capai dua-dua kekangan masa, tapi bila capai satu ja...arghhhhhh..

Wednesday, December 08, 2010

Baby

Hangin-hangin aku..pagi-pagi terbaca kat satu paper tu. Adakah patot, dan sanggupkah anda menjual baby anda sendiri. Yang anda kandung selama 9bulan tu, yang duk usung kesana kesini. Manalah sifat keIBUan anda. Walau aku tak pernah merasai lagi perasaan menjadi ibu, menjaga 24 hours baby, perasaan mengandungkan baby. Yang aku tau main dengan baby, suap makan, suap susu jaa. Aku tak sanggup buat macam tu pada baby. Tak kisahlah baby tu anda kandungkannya dengan hasil kasih sayang yang anda dirikan sebuah perkhawinan atau tak. Tapi hargailah hadiah yang Allah berikan itu. Baby yang anda lahirkan itu tidak bersalah pape pom. Sedihnya aku dengan gejala macam ini.

Pagi-pagi aku dah emo, aku sensitif sikit pasal baby ni. Sebabnya aku sukakan baby sangat-sangat. Pernah terfikir nak buka nursery jaa. Dapat aku jaga, main dan tengok pembesaran dorang. Waaa bestnya, hilang semua masalah tau. Ni aku balik kemaman, selalu jaa berebut baby nak pegang, nak main. Bila tak berebut bila semua cousin-cousin, sedara mara aku berkumpul rumah nenda. Time tu tak berebutlah sebab ramai baby. Tak boleh yang tu, dapat baby yang ni. hihihii..Aduhlaa, rindunya pada dany, mia, aqeel, arrissa, mica, sara, dini, darwisy dan satu lagi yang jauh diperantauan maryam.

Kepada semua orang didunia ni, jagalah baik-baik baby yang anda dapat tu. Sesungguhnya itu adalah anugerah yang terindah, yang tak ternilai. Tak boleh nak beli dengan wang ringgit tau.

dania amidala : oyeahhhh, esok balik kemaman..Sabtu pergi kawen qb, balik dr k.Trg nak pegi makan satar kat hujung dunia bwk naim dengan nor kalu sempat. Ahad pergi rumah nenda, tengok abang dan main dengan dany, mia dan aqeel. Kalu sempat nak jumpa Mr.Sayang before balik kl.

Tuesday, December 07, 2010

Guide untuk Puan Sri Fara Aninggg

Step 1:

1st sekali, masuk laman web http://www.youtube.com dan search lagu apa yang nak. Then tekan embed, nanti dia akan keluar code html tu.

Step 2 :

Cari size video yang puan sri nak. Tapi better size kecik ja, sebab nanti center molek bila post kat blog puan sri nanti.

Step 3 :

copy code html yang warna biru tu.


Step 4 :

Lepas tu paste kat new post.


Step 5 :

Tekan button publish post. Then viewlah kat blog puan sri yea..


Selamat mencuba dan beramal Puan Sri Fara Aningggg

dania amidala: Kekenyangan makan hari ini.

Tudung oh Tudung


gambar tudung syria sekadar hiasan yang aku cedok dari pak cik google


Lastweek dua kali berturut-turut aku soping tudung syria..oyeeaahhhh...Kali pertama aku pergi malam dalam pukul 8.30malam dengan shitah dan bathiar aka bf shitah. Aku soping tudung syria kat jalan tar. Lepas call myMom dan Mr.Sayang tentang keberangkatan aku ke jalan tar untuk soping. Sampai je jalan tar agak menghampakan aku. Kedai dah tutup, adalah 2-3 kedai ja buka time tu. huhuhu.. Tu pom tak banyak mana choice. Sangat-sangat sadis, lepas tu pakcik kedai sebelah gitau mak cik kedai sebelah dia, aku mau beli tudung syria. Mak cik tu siap dah tutup rapat dan kunci pintu kedai dia. Last-last dia buka jua akhirnya. Aku pom dengan cepat-cepat pilih tudung colour purple, pink, grey dan blue. Dalam masa 10minit, siap beli dan bayar..oyeahhhh bila dapat tudung syria yang aku nak gembira bukan kepalang lagi. kehkehkehkeh. Setelah selamat sampai, aku pom bagitau kat Mr.sayang dapat beli empat tudung. kekekke.. Dia pom cakap, takpa belilah. dah memang aku pakai.

Second round pulak aku beli tudung, selang dua hari dari hari aku beli tudung syria yang empat helai tu. Tapi yang ni aku keluar awal sikit dengan shitah. Dalam pukul 6.30 petang, lepas bayar duit kete kat bank islam dekat ampang. Sembahyang magrib dekat sogo, aku pom dengan berhati-hati melangkah ke jalan tar. Sebelum tu aku dengan berhati-hati call my Mom dan mesej Mr.Sayang mau soping tudung lagi. Dalam hati kam main berdoa, moga-moga dorang ok. Ma aku apa lagi duk pot pet pot pet seperti yang dijangkakanlah. Dah baru lagi beli tudung, tup-tup nak beli lagi. Adik aku adda tau kakak dia nak soping tudung, nak jugak dia tudung..aduhlaa..masa untuk mengepawww kakak r..Mr.Sayang pulak terus call, amboi-amboi soping nampak. Bukan main lagi. Takda dia asyik soping jaa..Aku pom gelak jelah. hahahha. Dia cakap kan baru lagi beli, ni nak beli lagi...tapi apa-apa ayat belakang tu selalu ada..take care sayang. Mujur tak marah sangat. Dalam duk pilih-pilih, tup tup aku terbeli tudung syria 3 helai. Bukan nak tapi terbeli, jadi nak buat macam mana kan.J adi sekarang koleksi tudung syria aku sudah 8 helai. Malam tu dengan bahagianya aku tido dalam senyuman sebab hajat untuk dapatkan tudung syria tercapai.

dania amidala: next month pulak soping tudung syria lagi. oyeahhhhh..lepas ni aku makan tudung syria, tido tudung syria, mandi tudung syrialah jawabnya aku.

Monday, December 06, 2010

Peralatan berperang di toilet


berus gigi merupakan benda pertama yang aku capai bila nak mandi. Takda benda alah ni boleh haru biru jugak kan. Tapi berus gigi ku warna pink, ni aku cari dalam pakcik google jaa.


second benda, mesti ubat gigi kan. Dah capai berus gigi kalu takda ubat gigi tak jadi jugak kan.


Lepas siap-siap gosok gigi, aku akan cari cuci muka. Aku pakai cuci muka tia amelia. kira tak sampai 2-3minit dah siap cuci muka


Hah ni part yang aku suka..Nak tau kenapa sebab dapat main banyak sabun. Tapi biasa aku shampoo dua hari sekali. Dan aku suka pakai shampoo ni sebabnya dia 2in1 sekali dengan condition. So dah dapat jimatkan masa. selain tu aku suka lagi tentang shampoo ini, rambut aku boleh terima shampoo ini. Dia jadi lembut dan yang penting wangi.hihihi

Hah ni merupakan shower febret aku. Dari study degree lagi aku pakai shower ni. Memang jarangah tukar. Satu sebab dia shower dari milk, bau yang wangi dan sangat-sangat soft kulit bila lepas mandi.


dania amidala: ni merupakan alat-alat yang wajib berada dalam toilet aku. Aku ni seorang yang simple dan tak suka terlalu sarat alatan-alatan yang kena guna masa nak mandi. Itu kena guna, itu kena pakailah..macam-macam bab kata orang. hihihi

Penat

hari ini 6/12/2010 saya stay back kat ofis sampai pukul 10pm. Badan sangat penat dan ngatok tak cukup tido. Tapi saya nak jugak siapkan report ke-3 ini. Dania sangat sibuk minggu ini. Bersabar dania, u can do it. Cepatlah jadi report....

dania amidala : 6.40pm baru dapat call dari my mom today, rindunya..my mom baru balik dari masjid dan sempat sembang-sembang around 15-20minute. Sempat jua ku mengadu, melepaskan beban rindu. Hope all my family sihat-sihat aja. Tak sempat nak tanya kabar abah, sibuk dengar luahan my mom yang rindukan fitri duk tahfiz kat pekan.

Thursday, December 02, 2010

campur-campur

Ya Allah ya tuhanku..permudahkanlah urusan kerja ku. lancarkanlah perjalanan kerjaku. Aku teringin nak belajar benda alah ni. Tapi tak boleh-boleh lagi oracle publisher ni, untuk aku hasilkan report dari database..huhuhu..Dah 3x install dah, macam doa, jampi, matera dah aku baca..hihihi..tapi tak jalan-jalan jugak..aduhlaaa oracle publisher tersayang. Semangat tau nak buat ni. Sebab tengok orang buat macam magik.

Tip top tip top tetiba teringin nak makan nasi epal yang masa aku pergi openhouse rumah student nana tu kat pandan indah. Sedapnya, sampai mulut aku sekarang dapat rasa nikmatnya makan nasi epal tu. Memang terbaiklah nasi epal itu sepanjang hidup aku, aku pernah makan. Makan sekali pasti nak lagi. Dia ada salad mayonis, ada ayam panggang dengan kuah apa tah, nasi campur epal. Sedakkk, sehingga licin dalam pinggan aku..Tak tahan siap tambah lagi.Huhhh memang terbaiklah..Dah bayanglah dari pukul12 tengahari sampai 8.30 malam baru balik rumah aku kat BTS..hihihii

Keadaan abang camnelah sekarang, semalam cakap tak da apa-apa arini dah boleh balik rumah. Hope abang cepat sembuh. Jaga kesihatan baik-baik. Mel rindu gila kat family, big family, kat Mr.Sayang, kat kawan2, kat kemaman, kat kedai hujung dunia, kat kemaman station, kat kedai atas bukit, kat pantai kijal. Masuk minggu ni dah 2week tak balik kemaman. Camnelah aku ni, memang parah asyik homesick jaa. Meracau-racau ja nak balik kampung. Asal buat hal nak balik kampung, mulalah ma abah aku pening kepala. huhuhuu.. Mulalah 2-3x sebentar call cakap nak balik. Mana tak harunya.hihihi..

kepada cik farah silalah datang kl lompur cepat-cepat. Kesian kat aku duk sorang-sorang kat sini. Cakap nak soping kat sogo. Cik erda pom sama, silalah datang kl lompur jugak. Cakap nak bawak aku pergi pavillion sampai sudah tak bawak lagi. Aku nak cari tart portugis dengan roti tu. Aku tak mau baju-baju ke apa. Sebab tu bukan taraf aku nak soping situ. Mahal nak mampos, debor nak masuk butik-butik sana..kekeke..Mr.sayang cepatlah datang kl lompur. Sian saya sorang-sorang kat sini. Takda orang nak tunjuk jalan, ajak makan kedai yang masak best2..walau Mr.sayang pom 2x5 ja bab jalan dengan saya. Sama-sama sesat..hahahha

About kete, dania amidala tak pergi bayar lagi kete bulan ni. Aiseyyy weekend ni kena cari bank islam. Biasa dania amidala akan bayar dekat kajang sebab dekat dengan site. Dah sekarang tak pergi site penjara kajang. So dah tak kenallah kat mana bank islam. Sewa rumah, bil api air dah setel sume. kl lompur ni bukan kampung dania amidala, susahlah sikit nak cari bank islam. Dah masuk bandar kl lompur tetap failed lagi. Setakat kajang, ampang tu kenallah. Lebih pada tu memang mintak maaf banyak-banyaklah.hihihii..

dania amidala : 50-50 keadaaan sekarang yang sentiasa membilang hari mau pulang ke kemaman. Tolonglah sibukkan diri, kalu banyak waktu terluang memang dania amidala akan menjadi tidak betul. Meracau-racau nak balik kemaman. Parah-parah..