Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, January 03, 2011

Tingin nak Mee Rebus

Sekarang merupakan musim dania amidala memasak, tapi dania mempunyai sedikit masalah bab memasak ni. Bukan tak nak mengaku tapi sejak bermaustatin di kl selama 5 bulan, dania tau memasak jeput bilis, jeput kurma dan segala jenis jeput je.Tsk... Macam makanan berat ni, dania kurang mahir dan kurang ingat dah seperti ikan masak stim, ayam masak lemak cili padi, kari ikan or pape jenis bergulailah. Lagi satu segan kot dengan housemate ni. Terutama shitah dan nana dorang memang pakar di dapur. Kan dania masak, pandang pom tidak masakan dania ni. Dania teringin sangat nak makan mee rebus yang macam Damia Wawa aka kakak ipar dania masak. Sedap tau, masalahnya nak buat tulah tak pandai. Kalau mee calong tu tau jugak dania buat. Petang ni tak jadi mee rebus lantaklah janji dania masak. Petang ni dania akan adakan rombongan cik kiah ke tesco dengan naim untuk membeli keperluan yang sepatotnya. Harap skill memasak dania masih ada. Ni nak buat mee goreng dengan nasi goreng pom terhegeh-hegeh. Semua guna perencah 2in1.. wakakakaka. Sila jangan gelak pada dania amidala sebab "saya budak baru belajar". T_T..

Nilah masalah kat rumah tak nak tunjuk skill memasak. Biasa balik kampung duk di dapur tau sediakan bahan-bahan je, camne potong-potong bawang ke, sayur ke, ayam ke, ikan ke. Tapi bab memasak dania akan serahkan kepada myMom ataupun pada Uiyhhsz Yunk. Yelah dah kita ni jarang balik kampung mestilah nak merasa air tangan ibunda tercinta kan, cewah padahal tiap-tiap minggu balik. hihihihi. Takpa this month dania akan tunjuk kepakaran memasak, biar semua housemate terkejut betapa sedapnya air tangan dania amidala. Jangan pandang leceh tau, ni dania amidala yang cumel.

Dania amidala : Lepas habis kije 5.30 petang, dania bersama naim akan borong kelengkapan memasak di tesco. Tengoklah hasilnya nanti.

2 conteng disini:

Fadhlina Zahra said...

cik dania...bila masa pulak say pakar kat dapur?hua3..klakarla dania ni.ala..masak je dania...i.Allah jadi punyela!hehe.mlm ni dania masak lagi ke?nak rase2!boleh?huhu.pagi tadi xdpt rs dania msk jemput2 sebab masih panas lagi..fresh dr kuali.kalo dah sejuk skit semestinya saye sambar satu!

Dania said...

hihihihi..kira nana ni pakar jugaklah dari saya yg boleh dibilang dengan jari berapa kali masak...kehkehkeh..mlm ni ingat nak msk mee hoon goreng tapi tak tau lagi masak ke tidak. sebab nak kuar mkn mlm kat luar kalu jadi.