Cuti-cuti Cinta


Asalnya semalam aku kuar dengan mizi nak layan the rise of mummy and makan-makan tapi agak lewat cite tu start dalam pukul 7 malam. Mizi pulak berlagak, cite melayu tak layan. So dalam keterpaksaan dia terpaksa melayan kerenahku dengan layan jugak cuti-cuti cinta..kehkehkeh..thanks tau mizi belanja makan and movie..Dengan tak biasa datang mid valey. Next time dania pergi damansara pulak. Kita melepak kat sana yea. Mujur cite cuti-cuti cinta tak da bosan sangat, ada jugak part yang kelakarnya..hihihi..Gelak gile aku dengan mizi..Aku rasa dalam panggung dengar suara aku dengan mizi je gelak.
Cuti Cuti Cinta mengisahkan Eeva Elyana (Nora Danish) anak tunggal Tan Sri Zaini (Zaibo) yang kecewa dipermainkan tunangnya, (Remy) Zed Zaidi. Tersepit dengan masalah yang dihadapi, Eeva mengambil keputusan melarikan diri tanpa arah tujuan. Kekecewaanya itu membawa Eeva ke pusat peranginan di Morib.

Sikap Eeva yang gemar mendatangkan masalah kepada pekerja di hotel menemukannya dengan Omar Rudy (Farid Kamil). Sikap Omar yang melayani karenah Eeva tidak disenangi rakan sekerja yang lain iaitu Maliq (Adeep TFC), Kris Dayana (Wangi TFC) dan Fausrina (Zizie TFC). Sikap jeliknya telah menyebabkan mereka terperangkap di sebuah pulau.
Dania amidala:weekend ni memang enjoy, pergi tawaf damansara-bandar tasik selatan sebanyak 2x, putrajaya, alamanda and mid valey.

Comments

Popular Posts