Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 05, 2010

Masalah bila selalu homesick



ni aku nak post pasal balik kampung,macam mana yea untuk kebalkan diri taknak balik kampung selama dua minggu ke or sebulan ke. Siyes aku cakap, sejak kije ni kalu tak balik kemaman, aku balik melaka. So supe yea je balik kampung. Nilah masalahnya bila selalu homesick gaji pom habis tengah jalan raya je. Duit gaji aku dari boleh menyimpan sebulan RM600 terpaksa laburkan diatas jalan raya je. Kalu simpan RM600 dengan simpanan lain yang wajib aku simpan tiap-tiap bulantu boleh kaya kejap..Boleh nanti wak bayar rumah teres bila projek ayah da jalan kat rumah tok aku tu. Dah bila aku cuba kebalkan diri, tahan diri taknak balik kampung. Akan dapat r call dari my mum or abah aku ke..


Time duit tengah banyak

Ma : Mel takboh balik kemaman ke, meh r balik...Ma nak bg wak balik sambal ikan bilis ni..

***adusss..ayat dah mengoda cam gini mana aku tahan duk kl.

Mel : Bestnya, nak..nak..nak...Mel balik r ma, tiket awal-awal dah beli..Rindu r kat ma abah, adik-adik, kg halaman, kat motor tae

***masa tu aku wajah dah berseri-seri gile..excitednya nak balik,membilang hari je


Time tak da duit

Ma : mel balik r weekend

Mel: Tapi maaa, ishhhh takleh balik ma..duit takda ni..kan susah nanti

***dalam hati, memang tak tertahan nak balik kampung

Ma : Duit takda, dah ada duit tak ni? Nak ma bank in..takda duit bagitaulah

Mel : Ehh ma ada je duit tapi cukup-cukup je ni..ada balance pom sikit je..takpa-takpa ma..tapi takleh balik ni..huhuhu

Ma : oooooo, dah kalu takda takpalah, ma dengan abah nak naik kl..Dah nak tumpang balik dop?meh r balik

Mel : huhhhh, takleh ma..nanti nak balik kl smula kena beli tiket pulak

***jawab dengan tidak bermaya je, sebab memang nak balik tapi taknak menyusahkan parents


camne yea aku nak dapatkan tips supaya aku tidak selalu homesick. Yang pasti aku tau caranya adalah balik je kemaman, kije sana terus. Tapi masalahnya sana tak offer lagi kije. Tidak takda susah camgini..Aku ni heran dengan diri aku ni, kenapa homesick lagi. Sedangkan hari-hari telefon kat rumah. Bukan sekali sehari yea tapi sehari tu ada dalam 4,5,6,7,10 kali kot. Tak cukup call siap balas sms pulak dah..hye macam2..


dania amidala:hari ni dania puasa, yahooo tinggal lagi sehari..

0 conteng disini: