Dugaan

Dugaan..dugaan..dugaan..kita selalu mengeluh dan terasa lemah apabila dugaan selalu datang pada kita. Tapi apabila kita fikir pada side positif, bersyukurlah kita didatangai dugaan dan ujian kerana Allah Taala masih sayang, masih mengingati kita. Walau kadang-kadang kita susah untuk adopt dugaan yang terpaksa dilalui. Kita tak fikir panjang yang sebenarnya dugaan tersebut adalah untuk menguji tahap kesabaran, kekuatan, keimanan kita. Setiap berlakunya dugaan tersebut pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sama ada kita sedar atau tidak sahaja setiap terjadinya dugaan.

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)


Sering kali diawal-awal mendapat dugaan ini sering bertanya kenapa Allah kasi dugaan yang begitu berat padaku. Dugaan ini tak kira dugaan kesenangan ataupun dugaan kesusahan. Aku bersyukur sekiranya diberi dugaan kesusahan berbanding dugaan kesenangan. Aku amat takot apabila mendapat dugaan kesenangan kerana apabila aku senang, semua benda dapat dicapai dengan mudah aku makin lalai, makin lupa pada sang pencipta dan hidup dengan tidak tenang. Berbanding dugaan kesusahan, aku berasa lebih dekat pada sang pencipta, sentiasa mengadu, sentiasa sujud padaNya. Betapa jahilnya diri ini apabila terjadi sesuatu masalah baru mengadu pada Allah. Alhamdulillah Allah menguji aku, dimana setiap cita-cita, angan-angan yang aku impikan tidak akan aku perolehi. Jika dipenuhi pasti ada keburukan berbanding kebaikan. Allah ingin melihat aku menjadi seorang yang cekal, kuat, tabah dan bangun semula. Ya Allah aku memohon padamu kau lindungilah aku, kau kekalkanlah iman aku, kau jadilah aku seorang wanita dan anak yang solehah.

Sebenarnya aku tidaklah pandai sangat untuk berkata-kata apatah lagi menulis benda alah ini. Tapi aku ingin berkongsi. Apabila kita diuji dengan dugaan janganlah menangis, janganlah mengeluh, janganlah rasa marah, janganlah rasa kecewa tapi terimalah dengan hati yang redha. Ingatlah bahawa setiap dugaan yang berlaku pasti ada hikmah. Seperti surah al-Insyirah berkata

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Marilah kita renung-renungkan bersama. Insyallah...
dania amidala: Ya Allah Ya Tuhanku kau jauhilah aku dari iri hati, hasad dengki, Kau jauhilah sifat-sifat negetif dalam diriku dan kau tanamlah sifat-sifat yang baik dan kau lindungilah aku dari sebarang kejahatan. Kau jadikanlah rujukan aku sebagai al-quran dan sunnah-sunnah nabi dalam melayari kehidupan aku. Cekalkan, tabahkanlah, kuatkanlah semangat aku dalam mengharungi dugaan ini. Aminn

Comments

Popular Posts