Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 03, 2010

Gara-gara Hp

Tersebutlah alkisah, saya seorang yang pelupa. Ampunkan mel membuatkan abah dan ma risau. Aku tak tahu ini adalah penyakit aku atau tabiat aku. Selalu je main campak-campak barang, actually my hp, kunci kereta. Dah campak-campak boleh pulak tak ingat letak kat mana. Lepas tu mulalah kelam kabut cari, dengan muka ketat 14 masa cari. Itu big problem yang aku hadapi. Setiap kali aku tertinggal hp, time tulah abah aku nak call. Biasa yang banyak call ma aku je. Dan tak pasal-pasal aku kena marah berguni-guni dengan abah..Tahan je telinga ni tau.

Baru-baru ni aku tertinggal jugak hp kat bilik aku, then dengan selumbernya aku keluar dengan nana pergi makan-makan kat rumah student dia. Balik pulak pukul 8malam. Sampai rumah terus cari-cari hp sebab housemate aku cakap hp aku banyak kali sudah berdering. dari pagi lagi . Dan satu masalah lagi, aku jenis tak hafal no hp my mum, dad or semua oranglah. Aku alergik sikit bab-bab nombor ni. Nana pom pesanlah, hantarlah msg kat your mum or dad. Aku pom cakap, nak hantar macam mana nombor hp dorang pom aku tak igat..huhuhuhu..Aku pom call lah my mum lepas dapatkan hp ku, lepas tu kenalah berleter. My mum agak cool sikit dibanding dengan abah. Mujur my mum tolong cover aku..kehkehkeh..Abah pom startlah pot pet pot pet kat aku. Keluar dari pagi, malam baru balik, pergi mana ni?, sembahyang ke tak? malam baru balik ni, apa-apa jadi kan susah, buat berani-berani tinggal hp and bla bla bla..aku pom gelak je..abah time tu suhu dia agak mendidih..marah benar kat aku pergi tinggal hp..lepas abah beleber, turn my mum pulak call, memujuk aku pulak..kekekekke..

Kes semalam pulak, cewah aku ni bangunlah awal. Lepas subuh tak tido tau, terus siap ala-ala nak pergi kije. Kemas tempat tido, mandi, pakai baju kurung semua, tudung, bedak, lip balm, breakfast semua. Then kira nak keluar rumah dah time tu padahal baru 7.30pagi. Pukul 8.00pagi sempat lagi aku keluar. Lepas tutup pintu bilik, aku teringat yang lampu bilik aku tak tutup lagi. So aku pom buka semula pintu bilik, pi tutup lampu. Rasa time tu kot, aku "terletak" hp kat iron board. Dah susah sangat nak tutup lampu dengan banyak barang kat tangan. Lepas kunci semua pintu rumah, turun lif, masuk dalam kereta. Drivelah kereta., baru aku terasa hp ku tertinggal. Nak patah balik dah malas, nak naik lif lagi. So aku teruskan juga perjalanan aku ni ke penjara kajang. Dalam hati berdoa moga-moga my mum or dad tak call hari ni. Tapi agak mustahillah dorang tak call. Hari-hari call, bukan sekali sehari lebih pada 5 kali sehari. Aduh macam ada bf pulak. Apa-apa nak lapor perkembangan terkini. Balik kije aku terus capai my hp, then tengok miss call, msg. Sah aku akan kena marah. Sampai dengan adik aku siti pom terkena marah..hihihii..sorry sis tak sengaja, gara-gara aku kamu pon terkena. Abah call aku cuma nak tanya aku balik hari ni pukul berapa, drive slow-slow. Nak bawak laju lebih pada 120km/j boleh tapi jangan dekat-dekat simpang nanti kena saman kan..ajaib abah, biasa marah aku drive laju-laju. hihihii..

Jadi kesimpulannya, aku akan cuba perbaiki kelemahan aku ini, supaya tidak menjadi pelupa lagi. Tapi tak tahulah berjaya ke tidak.kekekke

dania amidala: ingin memulakan tugas dengan membuat coding dalam keadaan kebekuan di server room penjara kajang

0 conteng disini: