Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My little Adam Danish Grows Up

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, November 01, 2010

Imbas kembali

huhh today tersangat-sangat malas dan mengantok untuk ku menghadap coding yang telah menjadi kawan baikku selama 4 bulan di encoral ni. Tolong mood ku dikala ini sungguh tidak keruan, mungkin disebabkan mood nak balik kampung kot. Diri ini terlalu rindu pada familyku.
Hah bercakap balik kampung ni, aku telah plan dengan nenda, ibunda dan ayahanda ku untuk pergi berjalan-jalan ke kuala terengganu dan kelate..

yipeee, aku mau cari makanan febret aku. Memang terlalu lama aku tinggalkan makanan febret aku dan suasana aku duk disana selama 6tahun beb. Bukan jangka masa yang pendek. Betapanya aku cintakan terengganu ni. hihihi..Jiwa aku telah sebati duk sana. Ada nasi kerabu nora, nasi kerabu pak cik misai, ada putu bamboo, ada mee goreng pak cik van, ada sotong celop tepung, ada air jagung parut, ada roti canai 24 jam, ada nasi goreng ikan masin kak nah, ada burger belakang hostel umt tu, ada roti arab, ada nasi dagang cendering, ada western food kedai buluh tempat aku selalu release tensen dan dating..wakakaka.. Tapi kebanyakkannya dalam list aku ni banyak makanan je..makan banyak badan tak besar-besar jugak. Serupa tu je.

korang tak tahu betapa bahgianya aku duduk di terengganu. Walau dulu-dulu semua cakap masa aku nak sambung study. Terengganu kau nak pergi, apa ada kat terengganu tu. Aku pom 60-40 je nak sambung study kat terengganu. Dah masuk udm nanti kau kena pakai jilbab labuh, aku dah frust masa tu. ada cakap macam tu kat aku... Last-last tengok, aku betul-betul cintakan terengganu, cintakan udm. Terlalu banyak kenangan aku disana yang susah nak dilupakan. Andai boleh putar balik, aku teringin kembali ke zaman study aku. Betapa syoknya, tak da nak fikir apa-apa. Tapi paling best zaman study udm lah. Memang bahgia gile..Aku enjoy je kije, ada kawan yang baik. Happy je, tak pernah bersedih pom. Gelak je kije aku, lepas habis kelas pergi testing makanan. That why zaman udm aku ni kategori chubby jugak.hihihihi..

kalau kat kelate target utama aku adalah kuih jala mas yang lembab2 dan kuning keemasan tu. Asal pergi sana, aku tak yah bagitau memang abah dan ma sedia maklum febret aku. Dorang akan beli punya. Aku start suka pergi kelate bila aku study udm. Kalu time budak-budak dulu. Time nak berholiday sama family, abah plan nak pergi kelate. Aku dengan adik-adik pasti muncung sedepa. Dorang memang tak suka pergi kelate. Dah jalan kedai-kedai kat rantau panjang, pengkalan kubur. Bosan, lagipom dengan bahasa dorang kami semua tak faham. Asal cakap duk melopong je. Sampai satu tahap, kitaorang nak duk hotel je kalu nak pergi kelate. Tapi sekarang, ajak pergi kelate, aku no1. Yang pasti hajat untuk makan tercapai iaitu nasi kerabu, somtan, jala mas. Time paling lawak aku perkenalkan somtan kat parents aku. Dorang ni duk yekss2 cam tak bestlah somtan. Aku apa lagi berlagak r depan dorang time makan. Nak tinggal 2-3mulut lagi somtan baru aku suh dorang rasa.Hah ambik, mula-mula tak nak konon. bukan tastelah. sekali makan, siap suruh aku pi beli lagi tau. Baru tau, tulah lain kali jangan berlagak dan demand sangat yea. Aku ni pakar makanan, taulah mana best ke tak.hahhaha..

Dania amidala:Sekian cite imbas kembali, kenangan-kenangan lama.

4 conteng disini:

Fadhlina Zahra said...

somtan tu ape dania?huhu

Dania said...

somtan tu macam kerabu betik..best sangat nana..makan sekali pasti nak lagi...

Fadhlina Zahra said...

dania kene wat kat umahla kasi kitaorg rs hehe

Dania said...

huhuhu.."dania ni terlalu rajin ke dapur dan sangat berbakat"..tu risau nana...dania xpandailah buat somtan tu..tp tgk org buat tu cam simple je..main campak2 je dalam bekas kayu tu..tumbuk2 pah2 siap..nanti dania post resepi somtan..kita buat bila weekend..