Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat

Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya.

Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta.

Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

"Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah: 224]

Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia yang waras tentunya menginginkan yang baik-baik sahaja.Namun kadang-kadang situasi yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan. Adunan perasaan yang seribu satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar di ramal. Hinggakan kadang-kadang kita sendiri benci melihat bayang-bayang sendiri, kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Ingin melangkah tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan yang menghalang. Harus bagaimanakah?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah:216 ]

Maka, pesan saya, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

Bila hatimu hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, kamu sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah.

Sumber : http://www.iluvislam.com

dania amidala: insyallah, dania akan cuba perbaiki dan perbaiki diri ke arah kebaikan..lindungilah dania Ya Allah..jadikanlah dania anak yang solehah dan wanita yang menutup aurat serta menjaga maruah..

Comments

Popular Posts