Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib).

Puasa sunat hari arafah disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim)

Dania amidala: Tengah duk sembang-sembang tadi, tup tup Mr. Sayang membuka topik puasa sunat hari arafah. Dia bagitau puasa ni, kenapa puasa. Dia cite pasal orang haji tengah duk wukuf kat padang arafah. Dia ajak puasa sama-sama tapi kalu b tak larat bukalah puasa, yang penting b niat dulu..taknaklah aku, aku mau puasa. Marilah sama-sama kita puasa sunat sama-sama yea kawan-kawan.

Comments

Popular Posts